Pages

Sunday, November 30, 2014

SEKOLAH WAWASAN PUN GAGAL, SEKARANG KERAJAAN NAK TUBUHKAN SURUHANJAYA KEPELBAGAIAN SEKOLAH PULAK? TAK MARAH KE SEKOLAH-SEKOLAH CINA NANTI?


Kerajaan sedang menimbang menubuhkan Suruhanjaya Kepelbagaian Sekolah bagi meneliti perkembangan sistem persekolahan lain yang tersasar daripada aliran sekolah kebangsaan sekali gus memastikan anak-anak terdidik dengan semangat patriotisme dan nasionalisme.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya ada aspek-aspek di sekolah berkenaan yang diteliti telah `lari’ dari aliran kebangsaan, akan ada langkah disusul untuk mengatasi masalah berkaitan.

“Dengan ini dapat diteliti sekolah-sekolah kebangsaan yang lari dari aliran kebangsaan untuk (terus) terdidik dengan patriotisme,” kata beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengakui keprihatinan tinggi ditunjukkan para perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan kali ini terhadap isu-isu pendidikan iaitu meliputi 121 usul atau 20 peratus daripada 638 usul dibangkitkan, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kerajaan masih meletakkan pendidikan sebagai agenda utamanya untuk rakyat.

Kata beliau, kerana itu juga setelah pihaknya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan bersetuju dengan penubuhan Yayasan Kaum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional.

“Ini memerlukan satu dana tidak kurang RM200 juta dana permulaan sebagai sumbangan dari kerajaan dan GLC (syarikat milik kerajaan) dan diagihkan ke semua sekolah terutama luar bandar dan pedalaman,” kata beliau.

Menyentuh mengenai pemerka­saan bahasa Melayu di sekolah vernakular yang banyak dibangkitkan oleh perwakilan ketika perbahasan usul pendidikan, Muhyiddin berkata, arahan telah dikeluarkan supaya aspek kokurikulum dan guru terlatih yang hendak dihantar ke sekolah-sekolah terbabit ditingkatkan.

Katanya, peningkatan itu termasuk dari aspek jadual waktu, pengisian kokurikulum serta bentuk peperiksaan dengan tempoh pembelajaran bahasa Melayu yang lebih munasabah daripada apa yang dilaksanakan sekarang bagi menghasilkan kualiti yang lebih tinggi dalam kalangan anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

“Saya juga menyokong usul supaya bahasa ketiga yang disarankan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Wanita UMNO) menjadi sebagai satu pilihan elektif di mana seramai mungkin terutamanya anak-anak Melayu dapat menguasai lebih daripada dua bahasa dan kalau boleh bahasa Mandarin dikuasai oleh anak-anak Melayu, dapat mengetahui apa yang dibicarakan oleh rakan-rakan mereka anak-anak Cina ataupun bahasa Tamil dalam kalangan anak-anak India yang ada di sekolah kita ini," katanya.

1 comment:

  1. Sekolah vernakular ni banyak dapat donation yg tax exemption. Tax exemption tu duit kerajaanla jadi memang sekolah vernakular ni banyak sumbangan kerajaan. Ikutla peraturan jangan sombong atau chauvinist sangat.......

    ReplyDelete