Pages

Monday, December 1, 2014

KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH TERPAKSA TAYANG KLIP VIDEO UCAPAN KONTROVERSINYA YANG SENGAJA DISALAHERTIKAN OLEH LIM GUAN ENG DAN CHEW MEI FUN!!!


Klip video di atas adalah ucapan sebenar Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang telah dijadikan alasan kepada DAP untuk mengutuk UMNO. Klip video tersebut turut memaparkan sebahagian daripada kenyataan yang tidak disiarkan bahkan telah diputarbelit oleh media-media berbahasa Cina dalam usaha mereka untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Cina kepada UMNO khususnya mengekalkan kuasa DAP di Pulau Pinang.

Berbekalkan ulasan yang telah dibuat oleh media-media berbahasa Cina yang sengaja disalahfahamkan, para pemimpin DAP dan MCA, Mohd Zaidi telah dibelasah dan dilapor polis kononnya menfitnah dan melakukan hasutan kebencian kepada masyarakat Cina.

Dengarkan dan teliti ucapan Mohd Saidi dalam klip video berkenaan.

Dia memperkatakan tentang 'KADANG-KADANG', dia juga memperkatakan tentang kegiatan jenayah, kongsi gelap, pelacuran dan judi haram yang wujud di Pulau Pinang dan desakan agar pihak berkuasa segera membanterasnya kerana ada paihak di kalangan orang Cina Pulau Pinang menjadikan kekuatan kumpulan yang terlibat jenayah dan industri maksiat di Pulau Pinang untuk mereka bermegah-megah dan berlagak sombong terutamanya kepada orang Melayu.

Ucapannya biasa sahaja tetapi bagi yang tidak faham Bahasa Kebangsaan, atau golongan yang cenderung untuk berlagak bodoh serta buta Bahasa Kebangsaan seperti Lim Guan Eng akan menganggap ucapan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh itu sebagai satu hasutan dan fitnah semata-mata.

Apakah media-media berbahasa Cina akan 'MEMBETULKAN' semua kesalahfahaman mereka dengan maksud sebenar ucapan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh itu setelah Mohd Zaidi membuat sidang media khas untuk mereka dan menayangkan klip video ini kepada mereka pada jam 11:00 pagi tadi?

Atau mereka seperti Lim Guan Eng akan terus berlagak bodoh sombong dengan mempertahankan ketidakfahaman dan kefasihan mereka dalam Bahasa Kebangsaan menerusi pendirian dan kesimpulan yang telah mereka buat lebih awal sebagaimana skap mereka selama ini?

No comments:

Post a Comment