Pages

Monday, December 1, 2014

PENYOKONG KHAIRY JAMALUDDIN KATA, KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO ITU JANGAN DISALAHERTIKAN!!!



Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak perlu disalah erti kerana mesej tersirat hanya mahu lebih banyak peluang diberi kepada golongan muda terutamanya wanita untuk menonjolkan kebolehan mereka.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kenyataan Khairy yang menggesa Umno mencontohi kejayaan sebuah parti 'cauvinis' adalah sesuatu yang benar kerana realitinya golongan muda kurang diberi peluang dalam BN khususnya Umno.

"Kalau kita lihat peluang diberikan kepada golongan muda puteri, malah Pemuda Umno untuk memegang jawatan ketua-ketua bahagian tertentu atau menjadi calon pemimpin sangat terbatas.

"Berbeza dengan parti pembangkang, ramai golongan muda dari kalangan profesional serta berpendidikan tinggi diberi peluang dan dilantik memegang jawatan dalam parti," katanya, semalam.

Beliau berkata, umpamanya, parti pembangkang turut mengkaji trend jika calon muda dilantik sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, lebih 50 peratus pengundi adalah pengundi muda dan mereka cenderung untuk mengundi calon muda yang profesional serta sebaya dengan mereka.

"Dari sudut itu, pembangkang dilihat bijak kerana mereka tahu pemimpin muda mampu menjadi daya tarik kepada sokongan pengundi muda, jelas mereka memahami kehendak rakyat.

"Oleh itu, Umno perlu melihat dari sudut positif bahawa terdapat keperluan untuk mereka memberi peluang kepada golongan wanita muda untuk jadi calon pemimpin bahagian atau cabang supaya peranan golongan itu dapat dilihat dengan lebih berkesan," katanya.

Kelmarin, Khairy dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menggesa parti mencontohi kejayaan sebuah parti 'cauvinis' dipercayai merujuk kepada DAP yang banyak menonjolkan pemimpin wanita muda Melayu.

“Ada yang tanya kenapa calon tersebut sudah berjaya tarik wanita muda Melayu masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah iaitu kerana beliau diangkat oleh parti cauvinis itu.

“Dia diberikan harapan oleh parti 'cauvinis' itu walaupun harapan itu palsu,” katanya. (SUMBER)

ULASAN:

KHAKHAKHAKHAKHA...KHAKKKKTUIHHH!!! 

7 comments:

  1. Kata KJ
    Di PA Pemuda;....Pemuda harus diberi jawatan dalam GLC...


    komen saya:
    Orang muda masuk UMNO semata-mata utk dapatkan jawatan ke?

    Kalau tak dapat jawatan, orang muda tidak rasa tertarik kpd UMNO?

    Orang muda hanya nak lobak aje ke?

    Di mana semangat masuk UMNO untuk perjuangkan hak orang Melayu?

    Kalau tak pegang jawatan yang memberikan gaji lumayan (jawatan dalam GLC), adakah otak orang muda akan jadi tepu sehingga mereka tak dapat fikir cara lain utk bantu orang Melayu?

    Sengkek sangat otak cendikiawan golongan muda hari ini?

    Kata KJ:
    Di PAU; ...perlu beri peluang untuk pegang jawatan dalam parti untuk tarik golongan muda sertai UMNO...

    Komen saya:

    Kalau tak dapat pegang jawatan, orang muda nak berjuang dalam parti?

    Eh..eh... seropa dengan yg kat atas laa... maknanya orang muda ni gila jawatan laa?

    Dah takde orang muda yang mewarisi semangat perjuangan arwah Tun Ghaffar Baba yg berjuang dalam parti tanpa jawatan dalam Kerajaan selama berpuluh tahun.

    Gitu ke sifat golongan muda sekarang ni?

    -mata duitan?
    -gila kuasa?
    -mabuk jawatan?

    ....takkan laaa.... ???

    Of all advice... suruh UMNO tiru DAP???

    apa nak jadi dengan bakal peneraju UMNO nih...???

    ReplyDelete
  2. sepatutnya KJ kena tanya diri sendiri..apa yang dia buat selaku ketua pemuda umno malaysia..kalau setakat membela bagi makan ketua pemuda umno bahagian sewaktu musim pemilihan saja, lebih baik jangan bercakap...

    ReplyDelete
  3. Si mamat-kari-LIBERAL-ZUMBA-graduan-oxPOT ni ingat yg. ramai s kaum PENDATANG Cina undi DAPBANGKAI sebab ramai wanita muda pegang jawatan?! BANGANGnya; Lepas tu cakapnya berubah-ubah, sekejap ke kanan; sekejap ke kiri - sebab psl. KUASA; sampai dah tak sabaq lagi dah!!

    Dia ni dgn. timbalanROMEO-BIADAPnya - ingat depa lebih hebat dari semua; dahlah sibuk kutuk org. lama/warga TUA dlm. UMNO! Kalau inilah jenis pemimpin masa depan - HANCOQ teruslah UMNO!

    Itulah masa Konvensyen, si muda-mudi-LIBERAL Putera-Puteri UMNO sibuk nak BERLAKON-kalah-BOLLYWOOD - MEMUAKkan betul! Lepas tu sewenangnya TAK nak BERTANGGUNGJAWAB di atas KEGAGALAN pucuk pimpinan si puak LIBERAL ni; tapi bukan main ala-"revolusi anak-MUDA-Arab Spring-tajaan FcBook-yg. kepunyaan si Zuckerberg-ZIONIS-JAHANAM”, nak MENYALAHkan semata-mata pemimpin lama/lebih TUA/warga emas pula; dan sekrg. para blogger pro-UMNO pula! Dan juga baru setahun jagung; serta ada yg. TAK bermoral, tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa termasuk nakkan jawatan-ala-keretapi-EKSPRES dlm. UMNO/JPA/GLC sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih lama/tua dan matang, dah TAK berguna, kolot dan tidak perlu dihargai! Itukah cara mereka MELAYAN mak-bapak/tok-nenek depa?!

    Sedgkan PEJUANG/PEJUANG TULEN Islam/Melayu dari NGO-NGO serta blogger-blogger media sosial-pro UMNO yg. asyik dituduh si-Pemuda/Pemudi-LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan/ortodox/kolot’ mahupun ’lembap‘ pula sekrg. - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk- di sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Manakala si puak MUDA-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ dan mendabik dada-dgn-angkuh “I-moden/moderat/cergas/progresif- jenis liberal-tau you“ terus TIDOQ/BERZUMBA/BERGLAMER-termasuk-bersosial-ala-omputih-di ‘CAFE‘ mcm. biasa, bila ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita, serta hak Bumiputera, kat sosial media!
    Jadi baiklah mana-mana si Putera/Puteri-PEMBODEK-syok-sendiri ni, baca artikel BERNAS ni di - http://www.sematankelawas.com/2014/11/pau2014-perwakilan-mahasiswa-perlu-peka.html , #PAU2014: Perwakilan Mahasiswa Perlu Peka Isu; Malaysia Bukan Rosmah Sahaja!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan bloggernye je yang bangang..!

    ReplyDelete
  5. KETUA PEMUDA yg PALING BODOH dalm SEJARAH UMNO.

    Tak jantan, Idea tak ada. Mungkin OXFORD bagi CHOP sijil free untuk bodohkan Melayu.

    ReplyDelete
  6. Senang je kita baca game plane dia. Dgn melantik ahli pemuda (yg pastinya konco2 dia), akan memudahkan perjalanannya menuju puncak kuasa. Itu adalah tujuan utamanya.

    ReplyDelete