Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.
PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.
Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.
Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.
Katanya, semua itu salah Maybank..... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247
Mana nk dpt smbutan tabung ko tu kaiat oii..rkyat bkn bodoh mcm lu punya bapah..ada ka alasan Tbung Mgsa Bnjir x mncul pd skrin ATM..ko ni beruk baru dpt candu je ape..mu nk nipu org utan boleh la suhaizan gayat.
ReplyDeletemintak la kat tokey balak boleh pe ... tak luak pun duit diorang tu .. tak cayer tanya Husam atau Tengku Wong
ReplyDelete