Pages

Sunday, January 18, 2015

DI KUALA KANGSAR, AZMIN ALI JADI SANGAT PEMURAH, DI KAJANG, HARAM TAK ADA BANTUAN MACAM DI KUALA KANGSAR!!!


Apakah Azmin Ali sudah mula mengatur langkah yang lebih nasional dengan memaparkan dirinya sebagai Ketua PKR dan Pemimpin Utama yang jauh lebih baik berbanding Wan Azizah, Presiden PKR dan Anwar Ibrahim, si KETUM yang bakal hilang segala-galanya termasuklah kebebasan diri?

Di Kelantan, Azmin Ali berlagak seperti pemimpin Pusat dengan mengumumkan bantuan untuk negeri Kelantan. Hari ini, antara jam 3:00 sehingga 4:00 petang, Azmin Ali 'menyerang' Perak pula di pekarangan Masjid Al-Ansar, Kampung Senggang, Kuala Kangsar. Program tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahim bin Sabli yang merupakan Ketua Biro Latihan PKR Negeri Perak.

Seramai lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada kepipinan Pakatan Rakyat, khususnya PKR Perak, Selangor dan penduduk setempat yang terlibat telah menerima bantuan banjir, hadir dalam majlis berkenaan. Antara yang turut hadir adalah:


(1) Daroyah Alwi - Exco Kesihatan Keluarga dan Wawnita Kerajaan Negeri Selangor.
(2) Dr. Mohd Nor Manuty - Ahli Majlis Pimpinan PKR Perak.
(3) Nizar Jamaluddin - Timbalan YDP PAS Perak merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang
(4) Suhaimi Shafie - Setpol Menteri Besar Selangor
(5) Chua Yee Ling - ADUN Kuala Sepetang
(6) Fatmawati Mohd Salim - Ketua Wanita PKR Perak
(7) Mohd Khir Zainal - Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar
(8) Lee Boon Chye - Ahli Parlimen Gopeng
(9) Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob - YDP PAS Kuala Kangsar.

Hanya empat orang daripada mereka yang berucap iaitu Khir Zainal, Nizar Jamaluddin, Mohd Noor Manuty dan Azmin Ali.


Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata, kalau Perak berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, sudah pasti Kampung Senggang tidak akan dilanda banjir, bahkan rakyat akan menerima bantuan lebih besar dan lebih menyeluruh berbanding Perak berada di bawah UMNO-BN yang berketuakan Zambry Abdul Kadir.

Begitu juga dengan Mohd Noor Manuty dalam ucapannya memuji bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor sambil membayangkan seolah-olah mangsa banjir di Perak langsung tidak dipedulikan oleh pentadbiran Zambry Abdul Kadir. Malah katanya lagi, sambutan yang ditunjukkan oleh orang ramai, menunjukkan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan memerintah Perak dalam PRU akan datang. Sama seperti Nizar Jamaluddin, juga berjanji, sekiranya Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, rakyat Perak akan menerima bantuan yang jauh lebih besar.


Azmin Ali dalam ucapannya menyatakan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan bantuan tunai bernilai RM200. Antara sumbangan yang diberikan untuk majlis di Perak ialah pakaian seragam, peralatan persekolahan dan peralatan memasak untuk kaum ibu.

Azmin juga dalam ucapannya menyelitkan dan cuba memutarbelitkkan fakta tentang GST yang menurutnya akan memberi kesan kepada rakyat, sekaligus MEMAKSA kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meringankan beban rakyat termasuk juga di luar negeri Selangor.

Bagaimanapun, Azmin hanya menyampaikan sumbangan kepada 8 orang pelajar sekolah dan selebihnya disampaikan oleh pihak pengurusan PKR Negeri Selangor. Jumlah yang terlibat menerima bantuan adalah 350 orang.

Seperkara menarik yang jelas tidak disampaikan atau disebut sama sekali ialah, majlis tersebut diatur oleh PKR Negeri Perak dan mendapat kerjasama dari AJK Masjid Kampung Senggang. Namun, adlah juga difahamkan para penerima bantuan tersebut adalah terdiri dari kalangan penyoong Pakatan Rakyat di Daerah Kuala Kangsar yang dibawa khusus untuk memeriahkan majlis itu. Sepanjang majlis berlangsung, tidak langsung kelihatan kepimpinan kampung dan masjid yang turut serta. Difahamkan juga, biarpun kebenaran diberikan namun mereka yang terlibat tidak turut serta kerana keseluruhan kepimpinan penduduk Kampung Senggang adalah terdiri daripada kepimpinan yang bersama-sama UMNO-BN dan dikhuatiri kehadiran mereka bakal dimanipulasi oleh pihak tertentu.



Dan yang lebih menarik lagi, walaupun Azmin Ali dipuji, ada pula yang bertanya, Azmin tidak pernah berjaya menyelesaikan masalah banjir di Kajang, tidak menyampaikan bantuan sepertimana yang dibuatnya di Kuala Kangsar, bahkan dia mencari jalan mempopularkan dirinya sendiri dengan objektif mencari jawatan pusat.

Seperkara yang turut tidak boleh dikesampingkan, ramai juga bertanya mengapa UMNO Perak dan UMNO Kuala Kangsar menikus dan tidak menangani isu ini lebih awal!!!




4 comments:

  1. Aleuto laa mb jamban...

    ReplyDelete
  2. Munafiq betul nizar....tengok apa yang kerajaan dah bagi kepada anak kau nizar!!!!

    ReplyDelete
  3. selfi...selfi...berlakon cuci kain. orang asli pun tau....gelak besar orang asli tu....munafik.

    ReplyDelete
  4. Adakah ini satu keikhlasan atau hanya mainan politik orang Melayu?

    ReplyDelete