Pages

Tuesday, January 6, 2015

E-COLI DAN JANGKITAN KEPADA PERDANA MENTERI... PECACAI PAKATAN PATUT SIMPAN KEBODOHAN TU SIKIT UNTUK HARI TUA!!!


Kesian sungguh apabila kita melihat mentaliti sesiapa sahaja yang menjadi pecacai Pakatan Rakyat. Tahap kebodohan dan kebebalan mereka, kadang-kadang tidak mampu kita gambarkan terutama kerana ianya membabitkan manusia yang diberikan otak dan akal serta diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.

Sedih melihat laman Facebook pro-Pakatan, Suara Rakyat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang sekarang ini sedang memainkan politik kelas pariah dengan jangkitan E-Coli ke atas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan mendakwa tidak ada sebarang kes membabitkan jangkitan E-Coli yang dilaporkan selain yang terkena kepada Najib.

Sedangkan, jangkitan E-Coli merupakan perkara biasa di kawasan-kawasan banjir dan bagi manusia yang membuat lawatan dan ziarah tanpa henti di kawasan banjir seperti Najib Abdul Razak, jangkitan itu jauh lebih mudah.

Najib Abdul Razak selama empat hari berturut-turut membuat empat lawan di negeri-negeri yang berbeza selain turut makan dan minum bersama-sama mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara. Justeru tidak menghairankan bagaimana Najib boleh terkena jangkitan bakteria itu.

Sepatutnya penggiat sosial media Pakatan Rakyat dan para penyokong Pakatan menunjukkan kalau tidak banyak pun, sedikit simpati kepada Perdana Menteri kita selain mengucapkan kata-kata semangat berbanding memomok-momok dan memperolok-olokkan keuzurannya. Perangai sebegitu jelas terlalu hina dan memalukan! (RUJUK SINI)

Sebenarnya seawal 29 Disember 2014 lagi, ribuan kes membabitkan jangkitan telah dikesan di beberapa pusat pemindahan banjir sementara di Pahang sahaja  (RUJUK SINI). Tindakan segera telah diambil oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi terbabit. Tidak sepatutnya timbul ISU-ISU BODOH ini semata-mata untuk menang isu politik!


1 comment:

  1. Memang dah Dapigs dan Parti Kencing Rakyat otak serupa je...kaki penipu dan kaki fitnah, keduanya pun tak takut bala Tuhan....politik murahan, menipu dan keji amalan mereka ni...

    ReplyDelete