Ditambah pula di kalangan parti pemerintah seperti UMNO, politik ini jauh lebih dahsyat dengan masing-masing cuba menonjolkan diri sebagai golongan yang hebat, yang Perdana Menteri atau Presiden Parti perlu memberikan laporan kepada mereka setiap awal pagi, atau kena buat pencerahan kepada mereka terlebih dahulu apa yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri atau Presiden sepanjang hari atau pesawat apa yang akan dinaiki, atau siapa yang akan dibawa bersama-sama oleh Perdana Menteri ketika membuat kerja rasmi di luar negara.
Golongan ini juga sentiasa menonjolkan mereka terlalu tahu segala benda. Sehinggakan seluar dalam koyak yang dipakai oleh Presiden mahupun isteri Presiden pun mereka tahu. Berapa helai bulu yang tidak sempat dicukur pun, mereka boleh cakap jumlahnya dengan 'tepat'. Punyalah serba tahunya mereka ini.
Paling menarik bagi mereka ini ialah, mereka akan duduk di sebelah bekas-bekas pemimpin UMNO yang suatu ketika dahulu amat digeruni dan dihormati. Dalam hal ini, Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr. Mahathir, dua orang arkitek negara yang telah membangunkan Malaysia sehingga berada di tahap ini, sehingga ramai anak-anak muda yang lahir selepas 1984, boleh bercakap besar tentang politik, ekonomi mahupun agama tanpa mereka tahu bahawa pencapaian negara yang dibuat di bawah kedua-dua orang ini sangat singkat dan terlalu menakjubkan berbanding buah fikiran atau hujah mereka yang tidak pernah hidup menghirup air perigi atau mengandar susu getah dari kebun yang terletak di lereng bukit curam pada jarak lebih 6 kilometer dari tempat mesin-mesin gelek getah keping ditempatkan oleh RISDA secara berkelompok.
Malaysia berubah secara drastik dari tahun 1981 sehingga 1984 iaitu dalam tempoh empat tahun selepas Mahathir mengambilalih kepimpinan negara dari Tun Hussein Onn, iaitu ketika Malaysia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi serta defisit pendapatan menerusi ugutan stok penimbal getah dan bijih timah oleh Amerika Syarikat dan Eropah.
Kedua-dua arkitek ini telah berjaya menukarkan Malaysia dari sebuah negara kelas miskin atas, berasaskan pertanian dan sumber hutan menjadi sebuah negara kelas sederhana tinggi yang turut menjadi negara pengeksport cip-cip komputer terulung dunia termasuklah untuk pembinaan kapal angkasa mahupun peluru-peluru berpandu nuklear ke seluruh dunia.
Kedua-dua negarawan tersebut akan dikaitkan sebagai orang yang mendanai, mendalangi dan menyokong gerakan mereka, walaupun hakikatnya kalau Tun Daim mahupun Tun Mahathir hendak membelasah Najib Abdul Razak dan UMNO, khidmat macai-macai yang sekarang ini sedang melalak dengan hebat menerusi media-media sosial termasuklah di Twitter, langsung tidak diperlukan langsung. Apa perlu kedua-dua orang negarawan itu memerlukan macai-macai yang kemudian melabelkan pihak yang menentang mereka sebagai budak hingusan sedangkan majoriti yang menentang kemacaian mereka sebenarnya tidak langsung mendapat sebarang faedah projek, mahupun syarikat-syarikat yang dibina untuk mereka dengan projek-projek kerajaan sebagai bekalan untuk mereka hidup mewah?
Dalam tempoh beberapa minggu ini, kita melihat peningkatan serangan ke atas Najib Abdul Razak dan dasar-dasar pentadbirannya. Menariknya, peningkatan serangan tersebut serentak dengan redanya serangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR ke atas Najib. Dan lebih menarik lagi, media-media rasmi UMNO yang mana UMNO ada saham di dalamnya seperti NST, Utusan dan Media Prima (khususnya TV3) seperti 'DIPEGANG' oleh kawalan jauh untuk dijadikan sebagai alat yang bukan sahaja merendah dan memperemehkan Najib Abdul Razak tetapi juga menyerang Kerajaan Malaysia dari dalam dengan berpakaian 'penyokong UMNO-BN'.
Contoh terbaik ialah TV3...
Dari awal Najib hampir menjadi Perdana Menteri, promosi berlebihan yang diberikan kepada Rosmah Mansor dilihat sebagai cara untuk menimbulkan kebencian kepada Najib sendiri. Rosmah Mansor diberikan tempat, publisiti sehinggakan kalau boleh Rosmah masuk jamban pun hendak dijadikan sebagai sebahagian slot Buletin Utama TV3. Publisiti kepada Rosmah Mansor bukannya berbentuk positif sebaliknya dilihat sememangnya disengajakan untuk menimbulkan rasa meluat, jijik dan menyampah dengan isteri Perdana Menteri itu sekaligus membenarkan tuduhan bahawa isteri Perdana Menteri itu terlibat sebagai salah seorang pembunuh, salah seorang pembazir harta negara, salah seorang yang galak mahu berkuasa dan gila publisiti.
Atau dengan kata lain, TV3 membantu Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan cara sebaliknya, yang memang disengajakan tetapi bagi kebanyakan orang dilihat seperti membela walaupun sebenarnya tidak!
Zaman di mana Farid Ridhuan (sekarang Dato' Seri) berjaya menjadikan TV3 sebagai kuasa pendesak menerusi pelbagai program penyiaran keluhan dan aduan rakyat termasuklah pendedahan KEMALASAN ADUN DAN AHLI PARLIMEN dan UMNO pula dilihat sebagai pembela rakyat selain mencatatkan keuntungan besar serta menjadikan STMB sebagai moghul media elektronik, kini telah digantikan dengan agenda TIKAM DARI DALAM!
TV3 pernah diletakkan oleh Anwar Ibrahim yang pada ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri yang paling berkuasa di dunia, di bawah MRCB yang turut menjadikan kroninya yang pernah berkerjaya sebagai wartawan selepas memansuhkan syarikat awal yang ditubuhkan oleh Daim Zainuddin pada tahun 1984 untuk mengendalikan TV3 di Jalan Liku, Bangsar.
Projek apa sebenarnya yang dimahukan oleh golongan yang sekarang ini sedang menjadi ENAU DALAM BELUKAR yang tidak dipenuhi atau dituruti oleh Najib sehinggakan mereka mahu Najib dan Tun Mahathir serta Tun Daim bermusuh? Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam serangan sesama sendiri sekaligus menjadi penyelamat kepada kemewahan dan aksesnya untuk menjadi super jutawan? Di mana dalang berkenaan berada? Mengapa perkataan 'PERCUTIAN YANG DIBIAYAI SEPENUHNYA' melibatkan key-players dalam media, mula diperkatakan sehingga ada pula yang mengaitkan pendalangan itulah sebagai punca kepada kejatuhan Abdullah Badawi dan sekarang ini cuba diulangi kepada Najib Abdul Razak?
Ahli politik walaupun dilihat bermusuh tetapi mereka juga kerap duduk semeja bahkan kerap juga yang disangkakan dan dianggap sebagai lawan tegar, merupakan FEEDER kepada pihak yang satu lagi. Dalam bab ini, MAT SABU yang dahulunya digelarkan AYAM SABUNG PAS dan sekarang merupakan Timbalan Presiden PAS amat mahir tentang seni FEEDER dan BALUN ini.
Namun musuh yang sebenar-benarnya dan sangat merbahaya adalah golongan yang berada di sekeliling ahli politik, YANG MEMAKSA AGAR MEREKA DITERIMA SEBAGAI PENASIHAT, yang mahu setiapkan catatan, setiap buah fikiran, bahkan setiap bangkangan dan permintaan mereka dipenuhi, diakuri dan jangan dilawan cakap, diterima bulat-bulat tanpa sebarang sanggahan atau hujah menentangnya. Golongan yang serba tahu inilah yang sangat merbahaya kerana mereka mahu dilihat berkuasa menaik dan menurunkan mana-mana pemimpin yang mereka suka, dan mereka juga memaksa agar KUASA MEREKA itu diisbathkan walaupun akhirnya mereka terpaksa menggunakan ugutan dan pencacaian tahap rendah demi mencapai tujuan berkenaan.
Assalam the saviour
ReplyDeletetulisan tuan ingatkan saya kepada Cucu Tok Wan, pemilik asal TFK sebelum blog ini diambilalih. Sudah lama sbg peminat blog ini, saya tertunggu-tunggu artikel hujung minggu seperti ni. Mungkin kedengaran sinis selain membuka pekung sendiri tapi melihat kepada berleluasanya golongan 'bangang' yg diberi makan tapi sebenarnya instigator dan collaborator bagi pihak sebelah sana, selain kerana kepentingan peribadi, artikel terbaru ini sepatutnya menyedarkan para pejuang umno, siapa musuh mereka yg sebenarnya.
Duit ringgit punya hal
ReplyDeleteSusah dak sedar
Tgk paper hr ni..
Ada sorang Pemuda Umno warning Daim.. jgn kaitkan UMNO klu SPRM siasat Daim
Siap ckp akan pertahan Najib walau apa yg berlaku
Itulah.... dipimpin oleh KP yg kaki rasuah.. stkt tu jer mentaliti dia
Esok lusa Najib turun, x mustahil topeng Anjing akan terus tanggal
Pemuda Umno x dipenuhi oleh pemimpin2 samseng.. penjilat lubang bontot... kaki bodek..
Pttuuiihhhh !!
Aku memang peminat buletin TV3... Tapi sejak dua tiga minggu ni TV3 cukup berpihak pada pembangkang terutama pada PKR..rasanya macam ada sesuatu yang tersirat telah berlaku...pabilabTV3 cukup berminat pada kes Daim.Mengapa?.. mengapa? Adakah ada sesuatu yang TV3 inginkan tapi tidak dapat?...nampaknya pihak kerajaan perlu sedar..TV3 yang selama ini merupakan pejuang kepada pihak kerajaan telah mula berpaling arah bagi menjatuhkan pihak kerajaan...maka perlukah ianya terus menjadi arus perdana...bloger2 perlu mengaktifkan perkara ini..adakah TV3 perlu di boikot?
ReplyDeleteAmbillah lagi jadi menteri lagi, percayalah lagi... tun juklah pandai otak tu lagi... persetankan nasihat dan teguran tdm dan tu daim.... skrg terima habuan....
ReplyDelete