(1) Buat kenyataan secara langsung kepada rakyat Malaysia menerusi pengumuman televisyen secara langsung sebulan sekali dan memberikan update keadaan di Malaysia, review untuk bulan-bulan sebelumnya dan apa rancangan kerajaan untuk bulan hadapan. Tidak perlu terlalu panjang, cukup sekadar antara 30 sehingga 45 minit.
Rakyat perlu ditenangkan, diyakinkan dan diberikan kefahaman bahawa apa kerajaan rancang untuk lakukan dan perlu datang dari mulut BIG BOSS sendiri, bukannya menerusi tohmahan Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng. Sekaligus ini memberikan peluang kepada rakyat untuk tahu bahawa BIG BOSS tahu dan maklum tentang isu-isu semasa di negara ini. Benarkan rakyat
(2) Dalam kes-kes tertentu atau yang bersifat high-priority, berucap secara langsung menerusi siaran khas di televisyen - sebagai contoh, kontroversi 1MDB yang berterusan, isu-isu yang melibatkan perkauman atau keagamaan dan sebagainya.
(3) Upah pakar-pakar komunikasi dan media yang benar-benar bagus, bukannya berharga sahaja bagus SEPERTI SEKARANG tetapi gagal menguasai trend semasa. Sekiranya hanya Ketua Menteri seperti Lim Guan Eng boleh memiliki sehingga 60 orang PR dan media personal, Perdana Menteri seharusnya memiliki lebih dari jumlah tersebut.
Orang-orang ini perlu mempunyai pengetahuan, bukan sekadar hanya pandai menyalak dalam Facebook atau blog, sangat berminat untuk melihat Malaysia berkembang maju, bukan sekadar hanya berminat untuk menyakau projek atau untuk kembungkan poket sendiri atau menolong syarikat dan projek, tender dan kontrak yang boleh diperolehi dari Kerajaan. Mereka juga perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku di Malaysia dan bagaimana rakyat Malaysia menunjukkan reaksi pada isu-isu semasa. Orang-orang ini perlu pro-aktif bukan sekadar menyalak dalam kumpulan sendiri seperti yang banyak kita lihat menerusi blog, Twitter, Facebook dan media-media sosial yang lain. Mereka juga perlu lebih pantas memaklumkan reaksi tersebut kepada Perdana Menteri bukannya sibuk mengatur cerita-cerita yang sedap didengar di telinga membabitkan Menteri-Menteri, agensi-agensi mahupun Ketua-Ketua Bahagian dan prestasi semasa UMNO khususnya UMNO-UMNO Negeri dan komponen-komponen BN yang lain.
(4) Memberikan kepastian kepada rakyat Malaysia bahawa negara kita berada di laluan yang betul dalam arus ekonomi dunia. Beritahu rakyat Malaysia bahawa orang seperti Zeti, Wahid dan Arul Kanda, bahkan Azman Mokhtar dan Idris Jala jauh lebih baik dan berpegetahuan berbanding ekonomis-ekonomis separuh masa dan penyamar seperti Tony Pua, Liew Chin Tong, Rafizi Ramli, Anwar, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang selain Chong Zhe Min dan Nga Kor Ming.
Beritahu dan terangkan kepada rakyat Malaysia bahawa kejatuhan besar-besaran harga minyak dan nilai Ringgi berbanding Dollar Amerika Syarikat berbeza daripada situasi ekonomi pada tahun 1998-1999.
Beritahu mereka bahawa kerajaan tahu apa yang sedang dilakukan dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.
Lebih khusus lagi, perlu juga diberitahu:
- Ringgit mungkin akan melemah berbanding USD tetapi akan mengukuh berbanding matawang-matawang utama lain seperti Euro, Yen, Australian Dollar, British Pound Sterling dan sebagainya.
- Malaysia hanyalah pengeksport minyak kecil dan defisit minyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta lemahnya harga minyak, sebenarnya bagus untuk Malaysia dalam usaha memperbaiki lebihan (surplus) perdagangan dan memberikan lebih banyak wang kepada rakyat Malaysia sekaligus melonjakkan ekonomi domestik. Beritahu juga mereka bahawa eksport gas kita dan perolehannya tidak terjejas langsung.
- Beritahu rakyat Malaysia bahawa penurunan harga minyak juga akan membantu mengurangkan kadar inflasi di Malaysia dan membantu memastikan harga rendah untuk barangan dan perkhidmatan.
- Kerajaan telah bersiap sedia dan mempelbagaikan sumber pendapatan serta perolehan termasuklah mengimplementasikan GST. Beritahu mereka bahawa kerajaan sudah pun mengurangkan kebergantungan negara ini kepada pendapatan minyak dan gas PETRONAS semenjak Najib Abdul Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia.
- Perjelaskan juga bahawa tiada penganalisa yang menjangkakan Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan lebih rendah dari 4.7% dan Malaysia tidak akan berhadapan dengan resesi pada tahun 2015 sebagaiman yang didakwa oleh penyamar-penyamar ekonomis dari PKR dan DAP. Malahan 4.7% jauh lebih besar berbanding 4.6% pada tahun 2013.
- Terangkan juga bahawa Ringgit Malaysia berhadapan dengan turun naik nilai dan ini adalah perkara biasa dalam kadar tukaran matawang dunia terutama dalam jangka pendek dan Ringgit Malaysia masih kukuh berbanding ketika Najib mula-mula mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009 dan kebanyakan penganalisa pasaran menjangkakan, Ringgit akan pulih pada separuh kedua tahun ini.
- Terangkan juga bahawa sekiranya ekonomi negara berada dalam masalah, kadar faedah dan sukuk akan meroket seperti yang berlaku pada tahun 1998, malangnya ia tidak berlaku pada tahun ini.
- Memastikan juga bahawa 1MDB tidak gagal sepertimana yang didakwa, apa yang dilakukannya dan bagaimana perkembangannya. Memberikan penekanan bahawa Perdana Menteri sendiri mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan 1MDB untuk mereka mencapai sasarannya.
- Beritahu dan terangkan kepada rakyat Malaysia juga bahawa pasaran saham kita berprestasi teruk bukan kerana fundamental ekonomi Malaysia yang terjejas tetapi kerana pasaran saham kita mempunyai kaitan yang sangat besar dan saham-saham berkaitan minyak dan gas yang telah dilambakkan untuk jualan. Perlu juga dijelaskan bahawa pasaran saham kita masih lagi berganda berbanding ketika Najib mula-mula mengambilalih jawatan Perdana Menteri.
- Akui bahawa Najib dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan kaya-raya, tetapi itu bukanlah salahnya dan dia sendiri tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Terangkan kepada rakyat Malaysia yang mengimpikan kewujudan bayangan Khalifah Umar Abdul Aziz bahawa Najib adalah salah seorang daripada Orang Kaya Berempat Pahang dan sudah tentu dengan jawatan tersebut, dia mampu menghadirkan kemewahan kepada keluarganya termasuklah untuk isterinya yang seringkali dijadikan sasaran.
Najib bukanlah Cina Darat seperti Lim Guan Eng yang berasal dari keluarga imigran yang datang dari Tanah Besar Tongsan sehelai sepinggang dan hanya boleh bermewah-mewah seperti percutian mewahnya di Eropahnya pada Disember 2014 lepas selepas dia mempunyai jawatan dalam politik. Atau seperti Anwar Ibrahim yang kekayaannya tidak pernah dapat diterangkan, termasuklah keupayaannya untuk membina rumah berharga lebih RM7 juta Bukit Segambut.
Namun perlu juga diterangkan bahawa Najib, walaupun dari keluarga ternama dan bangsawan, dari kecil lagi dia telah diajar untuk hidup bersama-sama rakyat dan bukannya megah nak saman orang yang dilihat tidak mampu dilawan hujah seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng mahupun Nga Kor Ming. Dan kerana itulah, Najib banyak memperkenalkan skim-skim jangka pendek untuk membantu rakyat walaupun seringkali disalahanggap seperti BR1M dan sebagainya.
(5) Beritahu
(6) Beritahu para pemimpin pembangkang agar menjadi lebih bertanggungjawab dan jangan menimbulkan isu sensasi semata-mata untuk meraih populariti menerusi tohmahan dan fitnah sebagaimana yang mereka lakukan sekarang semata-mata untuk menang PRU. Beritahu mereka juga bahawa tahun ini akan menjadi tahun zero-tolerance untuk pembohongan, fitnah dan tohmahan, bahkan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan undang-undang jenayah fitnah ke atas kerana kerana dengan sengaja memutarbelitkanfakta memandangkan kerajaan sedang memberikan fokus ke atas pengurusan ekonomi dan transformasi selain jangan membazirkan masa untuk memperbetulkan dan mempertegaskan pembohongan serta putarbelit yang telah mereka lakukan.
NOTA The Saviour:
Itu pendapat LIM SIAN SEE, makhluk Facebook yang digelarkan oleh Nga Kor Ming sebagai penyibuk dan telah diblok oleh sekalian pemimpin DAP dari Facebook dan Twitter mereka kerana kerapkali bertanyakan pelbagai soalan yang akhirnya menjerut leher mereka sendiri.
Siapa pun Lim Sian See, sebenarnya 'cadangan-cadangannya' di atas adalah kritikan ke atas pengurusan publisiti Perdana Menteri dan Najib Abdul Razak yang sangat teruk, sehinggakan kelemahan tersebut telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyerang Najib seperti yang sedang dilakukan oleh golongan tertentu yang mendabik dada mereka adalah pejuang Melayu, UMNO dan Islam walaupun sebenarnya mereka adalah golongan yang mementingkan tembolok sendiri!
Terbaik!
ReplyDeleteMemang terbaikkkkkkkkkkk
ReplyDeleteIsu yang paling sukar adalah kenapa jet eksekutif PM tak bawa balik PM dari Hawaii. Ini walau perbelanjaan nya "kecil" jika dibandingkan "kekayaan" negara ianya adalah satu SALAH GUNA aset kerajaan dalam sejarah.
ReplyDeleteSegala salah guna harta Kerajaan, dari peringkat PM hingga ke Menteri, Duta, pengarah dan semua pegawai kerajaan, walau sekecil mana pada pandangan orang Umno, adalah satu pengkhiatan besar kepada negara.
ReplyDeleteJadi kalau parti meredhakan perkara ini, dan membiarkan isteri PM mengguna jet peribadi sesuka hati, maka parti itu juga adalah pengkhianat bangsa.
Sekiranya orang yang mati boleh hidup kembali, sedarlah wahai pendokong Umno, Tun Razak akan menangis melihat segala pengkhianatan kepada harta negara dan duit milik rakyat ini!
Tak layannnnnnn
Deletesekiranya tun razak hidup....pasti dia menangis melihat melayu khianat melayu. melayu kaya marah....cina kaya....takpe. cina bolot ekonomi negara takpe....jangan melayu. orang lain melancung guna duit rakyat....guan eng melancung guna duit tabung tabung dia simpan sejak dari kecil. rosmah beli beg kulit....bising....bini guan eng beli beg kulit mahal bolih saje. rosmah bini najib.....wanita pertama negara. bini guan eng pun nak jadi wanita pertama jugak. rosmah nak anak bangsa cerdik. bini guan eng nak kumpul harta....jaga tanah penang....cina kaya takpe.....
DeleteBerharap sangat2 supaya perkara ni sampai langsung kepada YB PM,biar beliau sendiri yang membacanya.Satu cadangan yg amat baik sekali.
ReplyDeleteKesemua saranan di atas biasanya tidak akan sempat di syorkan oleh sesiapa pada zaman TDM... ini kerana TDM akan menanganinya sebelum sempat orang lain berfikir pun.
ReplyDeleteTapi di zaman PM (blur) ni, rakyat biasa pun boleh tolong nasihatkan PM tentang perkara2 tersebut. Kenapakah PM kita tak terfikir untuk berfikir seperti Lim Sian See ni? dan apakah yang menyebab kan PM kita tidak boleh berfikir? mungkin kerana terlalu banyak nasihat agaknya...