Asalkan kakitangan awam atau penjawat awam itu mempunyai kecenderungan politik ke arah Pakatan Rakyat, mereka bukan sahaja pandai mengelat, pemalas, kuat berpolitik, malahan mereka juga suka menimbulkan masalah. Amanah dan tanggungjawab yang digalas, tidak dipikul dengan sewajarnya tetapi mereka lebih sibuk dengan hendak mengIslamkan negara ini mahupun hendak meliberalkan Malaysia dengan nilai-nilai kuat berbohong ala Anwar Ibrahim.
Pergilah ke mana-mana. Tengoklah siapa yang paling banyak melepak dan mengelat tetapi sangat mudah naik pangkat apabila KIPAS pegawainya jauh lebih besar berbanding kipas Wan Azizah, pastinya mempunyai fikirah politik Pakatan Rakyat. Tidak cukup kipas, diletakkan pula alat pendingin hawa di punggung pegawai yang biasanya satu aliran dan satu fikrah dengan mereka, sekalipun akhirnya yang benar-benar buat kerja, kurang berpolitik dan enggan mengampu, tetap tidak juga naik pangkat.
Dan mereka ini mempunyai alasan yang cukup standard iaitu 'BUKAN UMNO ATAU BARISAN NASIONAL YANG BAYAR GAJI', walaupun kerajaan semasa adalah Barisan Nasional yang tunjang utamanya adalah UMNO.
Semua itu tidak ada satu pun petisyen yang dibawa ke mahkamah untuk menggugahkan kemenangan UMNO-BN pada PRU-13 lepas. Kalau ada pun, cuma di pentas-pentas ceramah. Walaupun ada kes yang dibawa terutama HANYA MEMBABITKAN DAKWAT KEKAL, telah gagal kerana mereka tidak menyediakan bukti sebagai sandaran, sebaliknya hanya tohmahan dan kata-kata untuk dijadikan bukti.
Pada ketika itulah, segelintir penjawat awam telah dipergunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk mempopularkan idea dan fitnah mereka, kononnya dakwat kekal itu boleh dibasuh dan dicuci serta pengundi boleh mengundi berulang-ulang kali walaupun mereka tidak mampu untuk mendatangkan walau seorang pun pengundi yang telah mengundi lebih dari sekali.
Mejar Zaidi, seorang pegawai kanan TUDM juga tidak terkecuali. Tidak diketahui secara jelas ke mana fikrah dan kecenderungan politiknya tetapi kesudiannya untuk 'bekerjasama' dengan PKR terutama sekali Nurul Izzah, akhirnya memakan diri.
Hari ini, di Mahkamah Tentera, Mejar Zaidi sekadar mampu berkata, 'DIA TUNGGU MAHKAMAH ALLAH' untuk membuktikan kebenarannya. Mahkamah Tentera telah memutuskan dia bersalah atas dua kesalahan melanggar protokol ketenteraan.
Sebelum menjatuhkan hukuman Hakim Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan berkata, hukuman ke atas Mejar Zaidi bukanlah kerana Zaidi mengutarakan isu dakwat kekal tetapi kerana dua kesalahan yang telah dilakukannya dan bertentangan dengan dua Akta Angkatan Tentera 1972.
Puak-puak penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini sedang bergembira dan mengangkat Mejar Zaidi sebagai WIRA NEGARA kerana 'berani' menyatakan perkara sebenar.
Mejar Zaidi kini telah kehilangan jawatan serta faedah-faedah daripada pekerjaannya selama ini. Mungkin tiada apa-apa baginya kerana seperti katanya, dia tidak takut kerana dia hanya menyuarakan kebenaran dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
Namun berdasarkan kepada rekod, kebanyakan yang pada mulanya menyatakan mereka tidak cenderung kepada mana-mana parti politik, akhirnya menunjukkan belang mereka yang sebenar sepertimana yang berlaku kepada beberapa orang pegawai tinggi tentera yang terlibat dalam masalah penyelewengan dan sebagainya termasuklah dalam kes kehilangan enjin jet dan penyelewengan peruntukan logistik yang akhirnya berada dalam saf PKR.
Penggunaan dakwat kekal telah ditentang kerana tiada lagi negara maju di dunia yang menggunakan sistem dakwat kekal. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat terutama menerusi BERSIH berkempen siang malam sehingga sanggup berguling-guling dan meniarap-niarap di atas jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, malah PAS sendiri menghantar rombongan ke Makkah dan Masjidil Nabawi untuk menuntut SPR menggunkaan dakwat kekal yang sebenarnya tidak akan kekal dan tidak boleh kekal memandangkan Malaysia turut mengambil kira faktor syariah menjadikan dakwat kekal yang digunakan adalah berasaskan air.
SPR asalnya mahu menggunakan sistem biometrik yang lebih efisien terutama sekali dalam memastikan yang akan membuang undi nanti benar-benar rakyat Malaysia, bukannya kelihatan seperti rakyat Malaysia tetapi tidak boleh bertutur, memahami atau menulis dan membaca tulisan dalam Bahasa Kebangsaan. DAP menjadi penentang utama penentang sistem biometrik dan menghalang bancian umum yang dilakukan sebelum itu.
PRU-13 menyaksikan, terlalu ramai warganegara yang langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan, gagal faham, datang secara berkelompok dan dijaga pula oleh seorang gembala yang bertutur dalam Bahasa Cina dan sangat takut sekiranya kad pengenalan mereka diperiksa. Anehnya, DAP terlalu sibuk hendak mengawasi pengundi-pengundi dari Bangladesh yang telah mereka uwar-uwarkan lebih awal walaupun beberapa 'tangkapan' yang mereka buat, ternyata memalukan mereka sendiri kerana yang ditangkap, JAUH TERLALU DAN TERLEBIH FASIH berbahasa Kebangsaan berbanding Cina DAP yang menangkap mereka!!!!
kalu dah tak SUKA dgn Negara Malaysia sila berambos..
ReplyDeleteTak ada sesiapa yg panggil anda ke mari.
Jangan Rosakkan SISTEM yang dah sedia ada & diiktiraf DUNIA.
Sebagai bekas penyokong tegar PR,saya sekali-kali tidak lagi memandang tinggi perjuangan PR,tidak ada kerana rakyat dan tidak ada juga kerana Allah dalam perjuangan mereka.Laungan mereka kosong belaka.Paling utama sebab mengapa saya memandang rendah perjuangan PR ialah kerana dgn izin allah saya berpeluang mengenali siapa sebanarnya Anwar Ibrahim,secara dekat terutama berkaitan dgn kes sodomi 2 nya. Menegenai perjuangan Pas pula ,segalanya sekarang sudah terang lagi bersuluh,semua terserlah jelas,hanya bagi mereka yg taksub saja mampu membutakan matanya.
ReplyDeleteKementerian pendidikan bila pula nak buat mcm ni?semua sektor kerajaan kena bersihkan kakitangan penyokong pembangkang!!!!dan bekukan dasar istimewa orang Kelantan dalam pengambilan kakitangan kerajaan,bangsat2 ni seperti anai2 yang menghancurkan rumah!!!!....jadikan kerajaan Selangor sebagai contoh kesan penghijrahan pendatang Kelantan!!!!!
ReplyDeleteApo nak di kato, sendiri berak sendiri cuci le. Lain kali, tak tahu bertanyo dulu jangan engkau momandai-mandai..yai
ReplyDeleteNak jadi hero buka seragam tu dulu, keluar baris secara terhormat lepas tu nak cakap apa cakap la.. beliau didapati bersalah kerana melanggar OSA.. matlamat tak menghalalkan cara.. lepas ni pikir apa nak bagi makan anak isteri..
ReplyDeleteKhalid Ibrahim yang banyak jasa kat anwar,dia boleh tendang dengan hinanya....inikan pulak kuman yang mempunyai sekelumit jasa.....xpe lepas ni nak duit boleh tonggeng kat anwar!!!!hehe
ReplyDeletenext PRU buat la system biometrik..lantak la orang gila belah sana nak memekak..
ReplyDeleteBagussss.!!!!!!
ReplyDeletePecat jer Haramjaddah macam nie..
Buat semak ajer dok dalam Kerajaan.
boleh Joint REJIMEN ANARKI jadi general tentera. Bila Menang lantik BahaLOL tersebut jd Presiden.
ReplyDeleteanon 8:04 PM ni baru level mana nak reverse psycho? nak tunjuk cina ni bagus?
ReplyDeletekau tengok buletin mutiara. media rasmi kerajaan Pulau Pinang, pimpinan DAP. cuba kau tunjuk mukasurat berapa artikel bahasa melayu?
English paling banyak, followed by cina dan 2-3 page tamil.
Cina tolong bisnes Melayu? ha. ha. ha.
Robert Kuok pun bawak lari cukai bayar kat Hong Kong.
blah la cina bodoh. kencing la lu.
cina lagi tak guna dari mamak. itu hakikat.
Bgs jgk dia tngu mahkamah allah..sebab mahkamah lebih agung..tk dak satu pun yg akan trtingl walau sebesar zarah..gaji awk dpt..adakah penuh halal..itu jgk akan di tya nnti insyallah....sesaat awk mencuri tulang waktu bertugs jgk akan ditya.insyallah..
ReplyDelete8,04 sy setuju dgn pendapat anda
ReplyDelete