Pages

Monday, January 12, 2015

PASMA AKAN MENJADI PARTI POLITIK DAN BERSATU DENGAN DAP!!!


Semakin menepati sebagaimana yang diteorikan semenjak dari zaman Almarhum Ustaz Azizan masih hidup dan masih bergelar Menteri Besar Kedah lagi. Dari awal lagi telah dikatakan bahawa Phahrolrazi Zawawi adalah macai Lim Guan Eng dan hanya berjubah PAS tetapi berhati DAP, namun PAS Kedah sentiasa menafikannya.

Kini telah terbukti, Phahrolrazi Zawawi yang dianggap oleh orang PAS Kedah sendiri sebagai 'pengkhianat' ekoran kegagalannya menjawat jawatan Menteri Besar, telah membuka pekung dan tembelang yang selama ini disembunyikan.

Era baru perpecahan PAS secara nyata telah pun bermula.

Sebelum ini, diberitahu bahawa PASMA ditubuhkan sebagai NGO semata-mata dan bukannya untuk mewujudkan parti di dalam parti. Gerak kerja menggulingkan Hadi Awang dan sebahagian besar pemimpin dalam saf kepimpinan utama yang digelarkan sebagai pro-ulama tidak menjadi, membuatkan satu kaedah lain dipilih.

Hari ini, PASMA dan Phahrolrazi Zawawi membuktikan hala tuju mereka yang sebenar. Hari ini juga, mereka telah menghadap Lim Guan Eng bagi mendapatkan endorsement dan kelulusan bagi menjadikan PASMA sebagai sebuah parti politik. Sekaligus membuktikan bahawa sebahagian daripada PAS sebenarnya adalah planted DAP dan PKR untuk menjahanamkan parti itu sendiri dari dalam.

Delegasi seramai 15 orang dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), serpihan PAS, telah membuat penghadapan di hadapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini. Salah seorang daripada mereka yang bermesyuarat dengan Lim Guan Eng di Tingkat 28, KOMTAR jam 11:00 pagi tadi menjelaskan bahawa mesyuarat dan pertemuan tersebut dibuat untuk 'membincangkan kerjasama' bagi PRU-14 akan datang.

Menurutnya lagi, delegasi tersebut diketuai oleh Presiden PASMA dan bekas Exco Kedah, Phahrolrazi Zawawi.

5 comments:

  1. Dah ada PAS mau PASMA pulak,

    pasal apa tak jumpa Nuar?

    lagi bagus join DAP jadi Dewan Ulamak DAP.

    ReplyDelete
  2. Satu perkembangan yang baik. Dah jelas PASMA bukanlah alternatif kepada ulama dlm PAS. PASMA akan ditolak dlm muktamar.

    ReplyDelete
  3. Ahli kecewa Pas adalah Pasma

    ReplyDelete
  4. BERKAT AMANAT HJ HADI AWANG DAN DOA 'KO UMNO, UMNO KO'.
    DGN DIAMINKAN OLEH BERIBU-RIBU LEMON PLASTIK PARTI ANGGUK SAJA.

    ReplyDelete
  5. Apa sdh jd dgn pas..hari ni nk istihar perang dgn sape plk..pas sendri dah nk berkubur..allah lebih mengetahui sglnya

    ReplyDelete