Pages

Saturday, January 17, 2015

PKR DAN DAP JADI PIHAK YANG SANGAT GELISAH DENGAN PERSEMPADANAN DAN PENAMBAHAN DUN BARU DI SARAWAK!!!


Ada sesuatu yang sedang berlaku di Sarawak membabitkan Suruhanjaya Pilihanraya dan Pakatan Rakyat tetapi kurang mendapat perhatian kerana isunya tidak sensasi, sebaliknya mendedahkan kepada rakyat bagaimana bermasalahnya Pakatan Rakyat setelah mereka melakukan segala-galanya termasuklah mensensasikan dan menyokong secara diam pemisahan Sarawak dari Malaysia menerusi SSKM dan kumpulan-kumpulan seperti itu.

Mungkin bagi yang peka akan ingat tentang rungutan dan serangan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan Teresa Kok ke atas SPR berhubung persempadanan semula yang menyaksikan penambahan 11 kawasan DUN baru di Sarawak.

Pertambahan penduduk selain peningkatan ekonomi atau sebaliknya, menyaksikan ada DUN yang bertambah penduduk dan ada juga DUN yang semakin kurang penduduknya. Kawasan yang bertambah penduduk, memerlukan pentadbiran yang lebih menyeluruh, sekaligus memecahkannya kepada unit baru yang lebih kecil dan lebih tersusun diperlukan.

Cadangan persempadanan semula oleh SPR dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak selain dilaksanakan selaras dengan keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sarawak berhubung komposisi keanggotaan DUN daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi pada 11 November 2014 dan telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Disember 2014.

Nak memekak jadahnya sebab SPR telah mempamerkan syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihanraya Negeri Sarawak selama sebulan bermula dari 5 Januari 2015 (Isnin) sehingga 4 Februari 2015 (Rabu) di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan untuk tujuan semakan dan bantahan. Dalam tempoh itu, SPR memberi peluang kepada mana-mana pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya berkenaan untuk mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak. Yang memekak adalah Teresa Kok, Nurul Izzah dan para pemimpin Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak layak langsung untuk bersuara kerana mereka bukanlah tergolong dalam Kerajan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan mahupun sekumpulan orang seramai 100 orang yang nama mereka ada dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian-Bahagian berkenaan.

Aneh juga, sebab DAP dan PKR cukup suka sekiranya persempadanan semula di Semenanjung dibuat terutama di kawasan-kawasan yang DAP menang majoriti besar kerana beranggapan ia memberi keuntungan besar kepada mereka tetapi di tempat-tempat di mana DAP tidak ada tempat atau PKR pula sekadar parti pinggiran, mereka tidak suka kerana penambahan DUN itu bakal menyaksikan penambahan kuasa kepada Barisan Nasional.

Dengan kata lain, kawasan bermajoriti Cina, DAP alu-alukan untuk pemecahan sempadan dan penambahan DUN atau Parlimen tetapi di kawasan bermajoritikan Bumiputera, DAP dan PKR tidak suka.

SPR sepatutnya tidak diganggu untuk menjalankan tugas. Tidak cukupkah selama ini terutama sekali pada PRU-13, SPR diganggugugat terutama sekali membabitkan pemeriksaan status pengundi menerusi biometrik sehingga akhirnya SPR terpaksa mengalah dengan mengikut kehendak Pakatan Rakyat menggunakan dakwat kekal yang kemudian turut dibelasah, dimaki hamun oleh Pakatan Rakyat walaupun mereka tetap tidak dapat menunjukkan bukti bahawa penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, membolehkan ada pengundi yang boleh mengundi berulang-ulang kali.

Barangkali juga DAP dan PKR mengamuk kerana persempadanan semula bererti perancangan merka memindahkan pengundi dan penyokong mereka ke kawasan yang menjadi sasaran terencat?


1 comment:

  1. MINTA SPR MULA LAKSANAKAN BIOMETRIK PADA PRU 14! (WAJIB) KITA YAKIN PAKATAN ANAK HARAM M3NYIMPAN BANYAK PENGUNDI HANTU! SPR JGN GENTAR,MAJORITI RAKYAT B3RAMA ANDA.

    ReplyDelete