Khairuddin Abu Hassan sama seperti dalam kes MEJAR ZAIDI (malangnya kedua-dua mereka adalah Melayu yang memperolehi tempat dan kedudukan kerana status Melayu mereka), menggunakan isu yang sebenarnya sekadar dikaitkan untuk menutup kelemahan dan kecenderungan mereka.
Mejar Zaidi dibersarakan oleh TUDM kerana melanggar Peraturan Tentera Udara Diraja Malaysia 1972, manakala Khairuddin Abu Hassan pula cuba mengaitkan 'nasib malangnya' dengan 1MDB. Mejar Zaidi dibicarakan oleh mahkamah tentera, enggan membela diri dan peguambelanya dari PAS, Hanipa Maidin melarikan dan menghilangkan diri, manakala Khairuddin Abu Hassan pula dilihat sebagai salah satu daripada kumpulan pengugut dalam UMNO yang cuba mendapatkan kemudahan bantuan untuk kepentingan peribadi tetapi apabila permohonan ditolak, UMNO dipersalahkan dengan pelbagai tuduhan. UMNO dituduh memufliskan dan merampas harta mewahnya walaupun sebenarnya dia muflis lebih awal dan hartanya dirampas serta dilelong kerana kegagalannya menguruskan kewangannya sendiri. Tempoh muflis dan tindakannya mengapi-apikan 1MDB adalah hampir setahun. Sekaligus, cubaannya untuk membodohkan orang ramai bahawa UMNO yang bertanggungjawab di atas kemusnahannya adalah langsung tidak berasas.
Bodohnya UMNO adalah kerana tidak efektif menjawab mahupun menyerang individu-individu Melayu seperti ini. Sebaliknya UMNO sekadar menjadi pendiam, pasif dan para pemimpinnya kelihatan amat pasrah walaupun ketika pemilihan nanti, akan ada pemimpin yang amat menonjol dengan semangat-semangat Melayunya tetapi selepas menang akan senyap sunyi seperti yang ditunjukkan oleh salah seorang Naib Presiden UMNO.
Kita juga sedang melihat sekarang ini ada juga gerakan yang sedang cuba mengulangi kembali sejarah 2007-2009 yang berjaya menurunkan Abdullah Badawi. Modus operandinya
Anehnya, kumpulan yang sama jugalah gagal menangkis sama sekali serangan demi serangan yang dibuat secara amatur dan novice oleh Pakatan Rakyat. Golongan yang kemudiannya mendabik dada bahawa mereka adalah pengatur, perencana, otak di sebalik pintu dan pelbagai gambaran besar lain, sekadar cukup efektif, kreatif dan mempunyai perencanaan rapi untuk menyerang sosok dalam UMNO tetapi gagal sama sekali, pengecut, hilang telur dan kelu seribu bahasa apabila berhadapan dengan musuh sebenar di medan politik.
Tidak dinafikan, sememangnya terdapat kelemahan di sekeliling Najib Abdul Razak dengan sosok-sosok yang sebenarnya hanya mempunyai nama tetapi tidak berada di dalam dunia yang sebenar. Mereka menjadi penasihat dan mereka juga menjadi pengatur namun apa yang mereka lakukan bukannya menaikkan nama Najib Abdul Razak atau reputasinya disegani mahupun dihormati, bahkan menjadikan Najib Abdul Razak sebagai bahan cercaan dan bahan untuk dicemuh serta dimaki hamun. Namun dengan dokongan daripada kelompok yang perasan mereka elit dan serba tahu ini, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik, bahkan kelemahan pada PKR dan DAP, kini menjadi kelebihan kepada kedua-dua parti dari Pakatan Rakyat itu.
Orang UMNO sendiri ternanti-nanti kemunculan Allahyarham Datuk Senu, Allahyarham Jaafar Albar, Tun Mahathir, mahupun Datuk Abdul Wahab Panglima Bukit Gantang yang berkerat rotan berpatah arah dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di dalam UMNO yang serba lembik dan serba dipenuhi oleh golongan pencari keuntungan besar dan kepentingan peribadi menerusi desakan dan peras ugut mereka.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa hampir kesemua pendesak yang kelihatan amat aktif sekarang, mempunyai kepentingan peribadi yang tidak dipenuhi oleh UMNO dan Najib Abdul Razak, menukarkan sokongan kepada tentangan kerana kepentingan berkenaan sekalipun pada masa yang sama, mereka cuba berlagak konon-kononnya mereka mahu memperbetulkan UMNO.
UMNO tiada salahnya. Yang salahnya adalah para pemimpin di dalam UMNO yang bukan sahaja gagal melihat musuh sebenar, sebaliknya meletakkan golongan berkepentingan peribadi sama ada dalam saf kepimpinan mahupun sebagai tentera-tentera penggalas kasut pemimpin-pemimpin tertentu.
Lebih menarik lagi dalam kumpulan ini ialah KEHEBATAN mereka mengaitkan nama Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr. Mahathir kononnya mereka bertindak atas dua nama ini sekalipun sebenarnya, kedua-dua nama ini tidak memerlukan kaedah seperti yang sedang mereka lakukan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak kalau benar Daim dan Mahathir ingin melakukannya!!!
Dalam menghadapi serangan bertubi dari pembangkang,UMNO memang pasif untuk menyerang balas..... .UMNO tidak bijak mengambil kesempatan untuk menyelit dan menghentam apabila berlakunya masalah dalaman parti-parti Pakatan Rakyat. Yang jelas PR akan menyelit dan menghentam apabila berlakunya isu-isu yang melibatkan UMNO/BN .Slogan PR menyalahkan UMNO/BN dalam setiap perkara dari sekecil-kecil hingga besar dilihat telah berjaya menambat (walaupun meracuni) fikiran masyarakat atau pengundi.
ReplyDeleteInilah wajah perpecahan Melayu Islam dlm kelompok mn2 pun. Kita diserabutkn dgn benda remeh dan perasit2 Melayu dr UMNO mcm Khairudin penyamun ni. Dia bertenggek dlm UMNO bkn krn utk berbakti tp sbg platform utk sapu kekayaan melalui politik..
ReplyDeleteCukup celaka org2 mcm ni yg takkn kemana, jd alat pemuas nafsu Pakatan .Haram.. khairudin ni sbrnya dialah Bodoh Bahlol..!
Lari tajuk sikit. Tapi kenapa dalam keratan surat khabar tu dia tulis "suami Umie Aida"? Kenapa nak sebut nama isteri dia pula? Isteri dia tak de kena mengena pun dengan isu ini.
ReplyDeleteSo, lepas ni kita pun tulis, suami Betty, suami Wan Azizah.
Bagi mereka yg telah dibantu UMNO pandai la bersyukur, belajar la jimat cermat dan rendah diri adalah juga tuntutan ugama Islam..jgn cepat pentingkan nafsu semata mata. Mungkin anda akan diberi peluang lagi, terus usaha tangga kejayaan umat. Berjuang la utk bangsa, ugama dan negara.
ReplyDelete