Melihat reaksi yang ditunjukkan oleh para pecacai Anwar Ibrahim di media-media sosial, sudah cukup untuk menerangkan kepada kita, betapa mereka sebenarnya tidak mahu mendengar atau mengetahui kebenaran. Mereka sebaliknya hanya mahu mendengar kekarutan dan bidaah pembohongan.
Dialog terbuka yang dibuat oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Kelana Jaya melibatkan Tan Sri Shafee Abdullah, Timbalan Pendakwaraya dalam kes liwat II Anwar Ibrahim, benar-benar telah menggoncangkan ketakutan mereka.
Barangkali kerana tidak berpuas hati, mereka terpaksa mencipta bidaah 'pembalasan' seperti kematian yang ngeri, kematian tragik, gila, jatuh sakit dan sebagainya kerana telah 'menfitnah' dan 'menzalimi' Anwar Ibrahim.
Kononnya dalam kes liwat I tahun 1998 dahulu, semua pasukan pendakwaraya termasuklah dua orang hakimnya, Agustine Paul dan Ariffin Jaka telah mendapat balasan iaitu kematian.
Anehnya, yang bercakap adalah orang yang sama, kuat bercakap tentang syariah tetapi tidak percaya bahawa budaya tathayyur dan al-thiyyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) adalah perbuatan syirik. Bab ni, barangkali Mufti dari Perlis tu terlupa kut selain tasyabbuh yang amat dibimbanginya!!!
Lebih menarik lagi ialah apabila golongan pecacai Anwar Ibrahim mengutarakan'soalan-soalan' yang gagal ditanya atau barangkali belasan orang peguam Anwar Ibrahim sepanjnag 7 tahun perbicaraan, terlupa untuk dibangkitkan dalam perbicaraan, pembelaan, dan rayuannya.
Dan kini, selepas Shafee Abdullah mendedahkan rahsia yang cuba disembunyikan oleh para peguam dan konco-konco Anwar, para pecacai mulai kepanasan. Orang ramai perlu dihalang sepenuhnya daripada menerima penjelasan panjang lebar Shafee Abdullah!
Barakallah fii. Alhamdulillah. Ini yang sebenarnya perlu di terangkan. Terima kasih Tuan di atas usaha Tuan dan tahniah serta selamat maju jaya.
ReplyDeleteApa hal video kat atas tu tak boleh play?
ReplyDelete