Pada PRU-13 lalu, DAP Kedah berkerat rotan berpatah arang dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak apabila bekas Menteri Besar Kedah itu enggan melayan kehendak DAP yang menuntut beberapa kerusi DUN diserahkan kepada mereka. Antara kerusi DUN yang dituntut itu adalah kerusi DUN Gurun.
Pada zaman darurat, Gurun pernah mencatatkan sejarah hitam apabila pengganas-pengganas komunis menjadikan Gurun sebagai pangkalan mereka. Seorang ulama Kedah, Che Hussain Che Dol yang juga merupakan mudir Madrasah Al-Akhlak Al-Islamiah, Guar Chempedak merangkap Yang Dipertua pertama Persatuan Ulama Kedah dan Naib Yang Dipertua PAS (Kawasan Utara) pada tahun 1951, cuba dibunuh oleh komunis-komunis tersebut. Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila orang Melayu pula yang mengejar mereka, sekalipun hanya bersenjatakan keris, tombak, parang dan lembing berbanding komunis yang lengkap bersenjata api dan berbom tangan.
Allahyarham Che Hussain Che Dol yang cuba dibunuh oleh komunis di Gurun.
Sama seperti DAP memutarbelitkan sejarah mereka sendiri menerusi Sekolah Demokrasi yang menjadikan generasi muda Melayu sebagai sasarannya.
Dengan nama besar seperti Lim Kit Siang, dibantu pula oleh beberapa nama Melayu yang diketahui berakalkan nafsu dan serakah walaupun berpakaian PAS tetapi sebenarnya kuat menyokong PASMA, entiti yang mahu menyerapkan PAS ke dalam DAP, diharapkan sokongan untuk Anwar Ibrahim akan memenuhi dewan yang telah diatur kerusi 600 buah itu.
Malangnya, ketika dalam perjalanan, Lim Kit Siang telah diberitahu, jumlah yang hadir untuk mendengar temberang tidak sampai 30 orang!
Tidak pula diketahui sama ada Lim Kit Siang meneruskan perjalanannya ke dewan itu untuk berceramah atau berpatah balik ke Pulau Pinang, menjimatkan suara dan tekaknya daripada berceramah di hadapan kerusi-kerusi kosong.
Llm lu kasi kita angpau 250rm kita boleh datang pakai serban. Duit banyak bukan boleh bawa mati labur la sama kita orang.ini macam pon mau kasi ajar haiyaaaa ciunasenglu
ReplyDeleteCatering makanan mesti berlebih. Yang penting kontraknya sudah dibayar.
ReplyDeleteBudget dah kena cilok beb.......... Air liur aje mana orang .......
ReplyDeleteSate lembu, karipap kueh lapis apam balik, air sirap as bandung, ais kacang mesti mau ingat..kita kurus mau makan tau tau tau. Awek cun cun mesti kasi ramai la sikit baru syoik oiiiii
ReplyDeleteCina berak x basuh....korek taik hidung makan.inovasi tranformasi....UTC.....pusat memperbaharui lesen.
Delete