DAP dikesan sedang menggerakkan orang-orang mereka dalam PAS untuk mempengaruhi dan menyekat sebarang usaha kerjasama antara parti itu dengan UMNO.
Berita tentang kerjasama antara UMNO-PAS sudah lama kedengaran, terutama selepas berlakunya krisis Menteri Besar Selangor. Kumpulan pro-Anwar dan Lim Guan Eng telah menonjolkan diri, menentang keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS sebaliknya menyokong penuh usaha-usaha PKR dan DAP.
Tindakan Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang meloncat pantas menyokong PKR-DAP, dan mengengkari arahan pusat PAS, merupakan kemuncak kepada krisis berkenaan setelah UMNO Selangor menyatakan persetujuan untuk menyokong PAS Selangor mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Di Kelantan, kegagalan Husam Musa menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak lagi disambung sebagai Menteri Besar Kelantan, menyemarakkan pertembungan dan konflik dalaman parti itu. Husam Musa cuba mengambil kesempatan dari tragedi banjir besar di negeri itu dengan cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin utama walaupun dia sekadar ADUN Salor dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri. Penyampaian derma oleh DAP secara simbolik kepada Husam Musa, tidak banyak membantu, sebaliknya semakin mendedahkan niat sebenar DAP yang menggunakan pemimpin-pemimpin tertinggi dan berpengaruh PAS sendiri menerusi dana sebanyak RM1.5 juta. (RUJUK SINI)
UMNO Kelantan sudah pun menyatakan persetujuan untuk menyokong Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan, dalam usaha kepimpinan negeri Kelantan membentang rang undang-undang Syariah (II) Kelantan di DUN dan Parlimen. (RUJUK SINI)
Persetujuan yang diberikan oleh UMNO Kelantan itu, telah menjadikan DAP tidak keruan. DAP masih lagi menggunakan isu HUDUD dan Pakatan Rakyat untuk mengugut PAS. Pada masa yang sama, DAP juga cuba mengajak MIC, MCA dan GERAKAN memboikot UMNO dan terus memusuhi PAS kerana hudud ang pada tanggapan mereka, tidak adil dan tidak mengikut Perlembagaan.
Justeru itulah, kita sedang dan dapat melihat betapa kalutnya para pemimpin DAP mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung hudud dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, leih ramai rakyat Malaysia yang mahu melihat suasana aman dan tenteram kesan daripada persemendaan PAS dan UMNO, sekaligus menyekat kemaraan dan kedurjanaan DAP yang cuba menghapuskan teras negara ini.
Bro,
ReplyDeleteBukan DAP aje, MCA pun dah jadi cacing kepanasan!
Bersatu lah Islam dan Melayu! berlainan parti kerajaan negeri tidak mengapa tetapi satu pemerintahan pusat!