Kalau betullah berita ini, pastinya akan ada pihak yang cukup menggelinjang kepanasan, kepedihan dan keresahan. Sudahlah Nik Abduh dikatakan menjadi agen penyatuan UMNO-PAS, kini Mustafa Mohamad pula memberikan pandangan peribadinya yang UMNO-BN tidak sewajarnya bertanding di Chempaka.
Sebaliknya menurut Mustafa, UMNO-BN khususnya di Pengkalan Chepa membantu kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan masalah banjir bulan lepas, terutama sekali membabitkan kebajikan rakyat.
Bagaimanapun, pandangan Mustafa Mohamad itu belum diajukan kepada UMNO Bahagian Pengkalan Chepa untuk dimesyuaratkan dan diputuskan. Bagaimanapun, ramai yang menyambut baik usul Mustafa Mohamad itu. Ditambah pula dengan UMNO Kelantan sendiri yang tidak cukup bersedia untuk bertarung di luar kubu kuat mereka seperti Chempaka. Kemenangan di Pangkalan Kubur tidak boleh dijadikan ukuran kerana UMNO sekadar mengekalkan kemenangan pada PRU-13.
Berbanding di Permatang Pauh yang dikuasai oleh Dinasti Anwar Ibrahim, UMNO-BN mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih utuh untuk mengerahkan semua kekuatan bagi membebaskan Permatang Pauh daripada kongkongan Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Walaupun tidak mengumumkan atau mengisytiharkannya secara rasmi, petunjuk amat jelas, ada perkembangan yang baik melibatkan PAS-UMNO. Petunjuk jelas itu ialah apabila DAP menjadi terlalu kalut mencampuri urusan dan halehwal PAS sambil menunjukajar serta mengeluarkan pelbagai arahan yang perlu dipatuhi oleh kepimpinan PAS.
Sekiranya berita ini benar, tahniah saya ucapkan kepada UMNO dan PAS. Takziah kpd DAP
ReplyDeleteSaranan yg cukup baik... Tak btanding pun tak pe... Bn tetap jd kerajaan persekutuan.. Baik tumpukn pd permatang pauh..Ni kalau org belah sana tak nampak gak tak tau la... Memang jenis buta perut buta hati...
ReplyDeleteBelanja mengurus kerajaan dh dipotong lebih separuh, maka belanja spr utk dun yg x menguntungkan umno x payah dibuat. Permatang pauh je kena bertanding, sbb nak bagi dap dan pkr sakit hati...
ReplyDeleteSetuju dengan tok Pa,
ReplyDeleteJangan buang tenaga, masa dan wang bertanding di dun chempaka sebaliknya
Tumpukan perhatian dengan kerjasama umno dan pas di permatang pauh!
Mungkin boleh cari calon neutral di permatang pauh
Perlu ingat pengundi melayu islam di permatang pauh adalah 70%!
Dengan perpaduan umno dan pas kemenangan di permatang pauh adalah di jamin!
Perlu juga ambil perhatian dengan umpan, cucuk jarum dan komen dari dap dan rba yg mencabar , mengambil kesempatan untuk mengeruhkan hubungan umno dan pas.
Hakikatnya taktik, strategi puak dap dan kaum cina jauh kehadapan berbanding umno dan pas.
Besatulah islam bersatulah melayu!