Pages

Thursday, February 26, 2015

MAT SABU SEMAKIN GELABAH APABILA SUARA RAKAMANNYA MAHU MENGGULINGKAN HADI AWANG TERSEBAR LUAS!!!





Akhirnya, barua utama Lim Guan Eng, Mat Sabu bersuara dan memberikan reaksi berhubung rakaman suara yang membuktikan wujudnya perancangan tahap tinggi untuk menggulingkan Hadi Awang dan melenyapkan kepimpinan PAS sekarang untuk digantikan dengan PASMA yang dibiayai oleh DAP.

Berikut adalah kenyataan rasmi Mat Sabu:

KENYATAAN AKHBAR:
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA,
TUAN HAJI MOHAMMAD SABU
1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.
2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.
3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.
Sekian
Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Mat Sabu cuba mengalihkan perbuatannya dengannya menyalahkna media-media elektronik dan media-media cetak arus perdana. Secara jelas, dalam kenyataannya itu, dia cuba menggambarkan penyiaran rakaman suara itu sebagai satu fitnah ke atasnya. 

Kempen untuk menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS menggantikan Hadi Awang sekarang ini sedang giat dijalankan oleh pasukan PASMA. Selain menjadikan Mat Sabu sebagai Presiden PAS, PASMA juga memberikan tumpuan penuh ke atas Johor yang merupakan kubu Melayu terbesar di Pantai Timur bagi membolehkan DAP menguasai pentadbiran negeri itu pada PRU akan datang. 



DAP telah meletakkan sasaran besar dengan kerusi Parlimen yang cuba ditawan oleh DAP adalah 17 manakala DUN pula adalah 32 kerusi. 

Untuk mencapai sasaran tersebut, DAP memerlukan bantuan daripada PASMA yang akan bertindak menikam PAS memandangkan PAS akan bertanding merebut beberapa kerusi Melayu dengan UMNO.

Jadi, tidak menghairankan apabila Mat Sabu menunjukkan kegelabahannya memandangkan tempoh pemilihan kepimpinan PAS sudah tidak lama lagi. Di sebalik dana pembiayaan yang diberikan oleh DAP, akar umbi PAS sendiri kurang meyakinkan Mat Sabu walaupun golongan muda yang kagum tahaluf siyasi PAS dengan DAP akan berpihak kepadanya.



1 comment:

  1. dengan info yuang DAP nak serang Johor pun UMNO takkan buat apa2.

    DAP, macam masa PRU2013, akan pindahkan pengundi2 cina dari kubu2 melayu (tempat DAP tak boleh menang) ke kawasan2 target di Johor; contoh Kulai.

    ReplyDelete