Pages

Thursday, February 26, 2015

SAKIT HATI SEBAB UMNO-BN TAK LETAK CALON DI CHEMPAKA, DAP MULA EJEK UMNO TAK BERTELUR!!!



Sepatutnya UMNO-BN letak calon melawan Nik Abduh di Chempaka. Bagaimanapun, seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, UMNO-BN memilih perpaduan dan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir Kelantan berbanding berpolitik di negeri yang musnah akibat banjir besar penghujung Disember tahun lalu.

Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Dan sudah tentulah, yang paling tidak berpuas hati adalah Lim Guan Eng.

Perancangan untuk menyalahkan UMNO dengan calon BEBAS yang sebenarnya adalah PASMA atau GIK, telah gagal sama sekali dengan keputusan UMNO enggan bertanding di kerusi yang pernah disandang oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz itu.

Dengan tempoh yang semakin pendek untuk pemilihan kepimpinan baru PAS, PASMA yang mendapat pembiayaan DAP untuk beroperasi sudah pasti melihat PRK DUN Chempaka sebagai medan terbaik untuk menguji keberkesanan dan kewujudan mereka.

Apatah lagi, pelabur utama mereka juga sudah tentu mahu melihat sejauh manakah pelaburan yang sudah mencecah jutaan ringgit, berbaloi dan memberi pulangan. Kerusi DUN Chempaka amat penting memandangkan ia adalah simbol kerana pernah disandang oleh Nik Abdul Aziz, pemimpin ikon dalam PAS. Sekaligus kemenangn kerusi tersebut akan memberi kesan besar kepada pengaruh PASMA pada akar umbi sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin-pemimpin utama PASMA.

Kalau UMNO bertanding, PASMA akan ada alasan terbaik sekiranya mereka gagal mengalahkan calon PAS yang dipercayai Nik Abduh atau salah seorang anak lelaki Allahyarham Nik Abdul Aziz yang lain. Dengan bantuan DAP, UMNO akan dikatakan menjadi faktor pemecah belah PAS dengan mengapi-apikan PAS dan PASMA.

Namun apabila UMNO tidak bertanding, dan membiarkan kerusi itu ditandingi oleh PAS 'mewakili' UMNO untuk menentang DAP, PASMA tidak ada cara lain kecuali terpaksa mendedahkan diri mereka sepenuhnya kepada akar umbi PAS sendiri.


Di kalangan ahli-ahli PAS, masih ramai yang keliru dengan kewujudan PASMA. Seperti yang kerap ditekankan oleh para pemimpin PASMA, kewujudan PASMA di dalam PAS hanyalah sebagai sebuah NGO. Sedangkan hakikatnya, PASMA diwujudkan dengan bantuan DAP untuk menjadikan PAS sebagai sebuah biro agama dalam DAP semata-mata. Dengan kata lain, PASMA diwujudkan untuk menghapuskan PAS. Mat Sabu sedang dalam rancangan untuk dinaikkan menjadi Presiden PAS-PASMA yang pertama.

Maka setelah keputusan dibuat, DAP dan para penyokong merekalah yang paling kuat berkokok apabila melabelkan UMNO sebagai tidak bertelur, tidak berani, bacul dan pondan. Bukan kerana keputusan itu sangat tetapi kerana mereka sudah kehilangan alasan paling berharga untuk mempersalahkan UMNO apabila PASMA tidak diterima oleh pengundi-pengundi di DUN Chempaka.


4 comments:

  1. Syabas UMNO yang berjiwa Besar!

    Inilah Majoriti dan golongan atas pagar mahukan...mereka hanya mahukan perpaduan, perbezaan pendapat diantara PAS dan UMNO boleh diterima, saling tegur menegur demi kebaikan Ummah.

    Kerajaan Perpaduan hendaklah terbuka kepada semua berteraskan Islam dan demi kesejahteraan Melayu, bumiputra dan lain2 kaum di negara ini!

    Langkah seterusnya kita ingin melihat PAS dan UMNO bergabung di peringkat persekutuan.

    Terimakasih Tun Abdul Hamid!

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak dengar pas tak letak calon kerana masih berkabung ke....
    he he he hampeh...
    balik2 umno yg gentleman

    ReplyDelete
  3. Taktik dap & pasma utk perangkap nik abduh x menjadi kali ni.. umno boleh baca la pulak..

    ReplyDelete
  4. Hahaha..aku setuju sngt...kalau umno brtanding pun..byk nk kena bg jgk..ada saja yg nk mintak nanti..jln rosak.rmh rosak..mcm2 lg lah..lebih baik bantu mngsa banjir

    ReplyDelete