Kalau dengar sembang Anwar Ibrahim, langit boleh runtuh. Kalau dia bercakap bab Allah Taala, sampaikan kita boleh jatuh syirik sebab bayangkan rupa-Nya Allah Taala. Kalau dia bercakap tentang dirinya, seolah-olah dia adalah tajalli daripada segala macam cendekiawan dunia yang pernah dilahirkan dari zaman pra sejarah sehinggalah ke zaman mutakhir.
Yang sahihnya, Anwar hanyalah seorang ahli politik cokia yang sengaja dibesar-besarkan oleh para pengikutnya apatah lagi kebodohan tetapi kelicikan taktiknya begitu menarik golongan anti-establishment. Anwar secara dasarnya tidak ada sebarang idea kebaikan melainkan hanya untuk melakukan kerosakan demi melindungi kejahatannya sendiri. Sebarang idea yang dilontarkan hanyalah kesan daripada hafalan skrip yang telah disiapkan oleh taukeh-taukehnya yang berselindung di sebalik pelbagai nama pertubuhan yang di belakang mereka adalah Zionis!
Bagaimanapun Kerajaan Negara Turki tidak menerimanya. Dia yang berlindung di kediaman rasmi Duta Turki akhirnya terpaksa menyerah diri dan membikin cerita kononnya dia melarikan diri kerana adanya ancaman membunuh. Untuk menutup malunya dia mencipta drama 16 September yang kemudiannya gagal teruk walaupun konco-konconya cuba merealitikan pembohongan tersebut.
Begitulah juga halnya dalam isu statusnya sebagai BANDUAN JENAYAH LIWAT. Keluarganya dan PKR cuba menukarkan status tersebut sebagai TAHANAN POLITIK.
Kononnya enggan memohon pengampunan diraja kerana tidak bersalah sebaliknya kerana fitnah. Tetapi sebenarnya seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan melepaskan peluang untuk berbuat begitu untuk bebas. Permohonan pengampunan diraja dibuat pada saat-saat terakhir menggunakan keluarganya untuk menutup malunya kerana telah terdedah.
Kononnya boleh bertahan selama lapan tahun dan dia tidak apa-apa tetapi tidak sampai 14 hari, dia sudah meminta keluarganya untuk mendapatkan permohonan ampun daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong sekaligus mensesiakan pengorbanan dua minggu para penyokongnya yang memasang lilin hampir setiap malam di hadapan Penjara Sungai Buloh, demonstrasi bodoh di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dipedulikan orang dan pelbagai onar yang dilakukan oleh para konconya di seluruh negara dalam usaha menimbulkan sentimen kebencian rakyat kepada Kerajaan Persekutuan, Mahkamah dan PDRM.
Dan menariknya lagi, walaupun memang sah dia memohon pengampunan diraja di mana antara pra-syaratnya ialah tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, selain mengakui kesalahan jenayah dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan jenayah tersebut, Anwar Ibrahim dengan menggunakan keluarganya masih lagi cuba menipu dengan menyatakan kedatangan ahli-ahli keluarganya ke Istana Negara termasuklah isteri, anak-anak perempuan dan cucu-cucunya hanyalah untuk mendapatkan perintah pembatalan hukuman.
Dengan kata lain, walaupun pengampunan diberikan, Anwar Ibrahim tetap seorang BANDUAN JENAYAH LIWAT, bukannya TAHANAN POLITIK.
Walaupun berada dalam penjara, Anwar Ibrahim masih lagi berusaha untuk menipu rakyat Malaysia, sekaligus sudah cukup untuk menunjukkan betapa bahayanya manusia bernama Anwar Ibrahim. Dan di sebalik momokan para pengkagum dan penjilatnya kononnya dia adalah seorang yang sangat hebat kerana walaupun masih di penjara, dia tetap ditakuti, sebenarnya mereka yang terlebih takut sekiranya Anwar Ibrahim terus didedahkan, sekaligus memanjangkan tempoh pemenjaraannya secara fizikal dan mental!!!!
Perogol tua ni tak dapat tahan nafsu syahwatnya bergelora di penjara - mesti dia mahu shoot to kill punya... nah tengok, dah mengaku merogol Saiful hansom itu .... sori, sori ah i don know he pain he don like.
ReplyDeleteKalu aku YDA, aku bagi je pengurangan penjara 6 bulan jika berkelakuan baik selama tempoh 4 setengah tahun. At lease macai tak boleh kata YDA tak bagi apa-apa. Besides kesalahan meliwat ni, pada aku cuma kesalahan moral je, bukan jenayah berat.
ReplyDelete