Pages

Wednesday, February 25, 2015

YANG DIUGUT HENDAK DILETUPKAN DALAM KERETA TAK TAKUT, YANG MENGUGUT BUNGKUS MUKA DAN BADAN!!!



Satu klip video daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi' telah viral di media-media sosial. Dalam klip video tersebut, tiga orang pemuda Melayu (berdasarkan pertuturan mereka), telah mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini adalah klip video kedua selepas mereka mengancam untuk meletupkan mahkamah selepas Anwar Ibrahim dijatuhi penjara lima tahun kerana kesalahan jenayah liwat pada 10 Februari lalu. Ancaman meletupkan mahkamah dibuat pada 16 Februari.

Khalid bagaimanapun menyatakan, dia tidak takut langsung dengan ugutan budak-budak bacul berkenaan. Sebaliknya menurut Khalid, ancaman sebegitu adalah perkara biasa sepanjang dia menjalankan tugas sebagai anggota dan pegawai polis.

Sebagai perhatian, beberapa orang Ketua Polis Negeri dan Negara telah ditembak mati oleh subversif. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara ketiga yang mati ditembak dua lelaki dengan 11 das tembakan di Jalan Ipoh, dipercayai agen komunis dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang ditembak mati oleh agen komunis pada tahun 1975.

Menurut Khalid lagi, apa yang membimbangkannya ialah segelintir orang tidak menggunakan saluran demokrasi di negara ini dan kerapkali melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang untuk mendapatkan kehendak mereka.

"Rakyat Malaysia, pastinya tidak mahu melihat negara ini bertukar menjadi sebuah negara kucar-kacir kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.

Kebanyakan warga pengguna siber melahirkan kekesalan dan rasa meluat yang teramat sangat kepada kumpulan anarki berkenaan. Malah ada yang mencadangkan agar ketiga-tiga mereka tidak ditangkap, dibicarakan dan dihantar ke penjara, sebaliknya dimasukkan ke dalam beg mayat sahaja.

Menurut Khalid, polis dengan kerjasama SKMM sedang mengesan aktiviti dan identiti kumpulan terbabit.

Dalam klip video yang pertama, terdapat empat orang individu membuat ancaman untuk meletupkan mahkamah. Klip video kedua pula hanya menampilkan tiga orang individu yang sama berdasarkan susuk tubuh mereka. Ada maklumat yang menyatakan salah seorang daripada mereka telah ditahan oleh polis sekaligus menjadikan hanya tiga orang sahaja yang muncul dalam klip video kedua.





No comments:

Post a Comment