Pages

Sunday, March 8, 2015

ARAHAN TERBARU, DISEBABKAN DAH TAK LAKU DAN KURANG ORANG, NYALAAN LILIN #KITALAWAN JADI DUA MINGGU SEKALI!!!



Kesian! Kesian!

Semalam, yang hadir berdemonstrasi adalah dalam lingkungan 3000 orang, tetapi angka tersebut dibesar-besarkan menjadi 10,000 orang dengan bantuan Malaysiakini. Jam 3:30 petang pun, baru 1,700 orang tetapi Malaysiakini dan PKR sudah buat cerita konon dah 5000 orang.

Hakikat sebenar, PKR cukup takut kehilangan penyokong sehingga mereka terpaksa pula mencipta fantasi semata-mata untuk menyenangkan hati sendiri.

Begitu jugalah dengan kisah NYALAAN LILIN di hadapan Penjara Sungai Buloh yang telah dirancang dengan penuh semangat pada mulanya tetapi kemudian menjadi amat memalukan.

Sepatutnya SETIAP MALAM upacara nyalaan lilin dibuat. Itu keputusan yang dibuat setengah bulan lalu oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim sendiri. Kononnya, upacara tersebut akan dibuat sehinggalah Anwar dibebaskan dengan upacara akan dihadirioleh salah seorang anggota keluarga Anwar. Bagaimanapun, ekoran semakin kurang yang hadir, upacara tersebut ditukarkan menjadi dua minggu sekali dan itulah keputusan terbaru.

11 Februari, Tian Chua berkata, "Setiap malam kita akan berada di sini untuk menunjukkan solidariti kita... sehinggalah keadilan diberikan. Jangan biarkan lilin dan apinya terpadam walaupun dengan keganasan, kezaliman atau apa-apa sahaja. Kita akan sentiasa setia kepada sahabat kita."

Setia sangatlah tu, kononnya!!!

Bermula dengan 200 orang yang berkumpul pada hari pertama, perhimpunan pada waktu malam itu beransur-ansur kemarau sehinggalah menjadi sekumpulan kecil sahaja. Kurang dari 100 orang hadir sekarang ini.

Mungkin disebabkan terlalu banyak nyamuk berada di luar penjara itu memandangkan Penjara Sungai Buloh terletak di Selangor.

Sudah tentulah, untuk menyatakan upacara tersebut telah dibatalkan kerana TAK LAKU, air muka nak taruh maa. Jadi, Tian Chua terpaksalah berkata yang arahan daripada Anwar ialah, dia mahu pergerakan itu dibuat melangkaui daripada sekadar nyalaan lilin bagi kebebasannya.

"Anwar menghargai kehadiran kita," kata Tian Chua kepada wartawan di luar Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini. "Tetapi perjuangan kita lebih besar dan medan perang kita jauh lebih besar berbanding di hadapan penjara dan dia telah menasihatkan kita untuk terus bergerak ke hadapan."

Sebenarnya, berdasarkan kepada kurangnya tindakbalas dan reaksi, nampaknya kebanyakan penyokong PKR sendiri sudah mula 'bergerak' walaupun Tian Chua baru menyampaikan 'amanat Anwar Ibrahim'.

Okey, sekarang dua minggu sekali. Harap-harap ler, bulan depan, tidak pula menjadi sebulan sekali dan kemudian dua kali sebulan dan selepas itu setahun sekali!!!


No comments:

Post a Comment