Pages

Sunday, March 8, 2015

PAS KOTA BHARU ISYTIHAR TOLAK HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS!!!



Pergerakan PASMA nampaknya semakin berleluasa di Kelantan dan seluruh negara. Hadi Awang dan pasukan pro-ulamanya sekarang tersepit, meskipun pada masa yang sama, anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh berada dalam kumpulannya.

Terbaru, dalam mesyuarat agung PAS Kota Bharu, Yang Dipertuanya, Wan Rahim Wan Abdullah yang cukup terkenal sebagai pengampu DAP nombor wahid terutama dalam memperkatakan tentang Karpal Singh, selain kegagalannya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS PRK Pengkalan Kubor yang dipertikaikan apabila tindakannya mengenepikan PAS sebaliknya memilih PASMA, akhirnya menyebabkan PAS gagal menawan Pengkalan Kubor, berkata, DIA AKAN MENJADI GALANG GANTI KEPADA NIK AZIZ bagi menolak pencalonan semula Hadi Awang sebagai Presiden PAS sekaligus memastikan PAS tidak bekerjasama dengan UMNO.

Menurutnya lagi, Allahyarham Nik Abdul Aziz semasa hayatnya pernah berkata, tunggu dia mati dahulu untuk PAS bekerjasama dengan UMNO. Dan Wan Abdul Rahim cukup bimbang, kematian Nik Abdul Aziz akan digunakan oleh golongan pro-ulama yang diketuai oleh Hadi Awang untuk bekerjasama dengan UMNO... usaha yang telah dirintis oleh Allahyarham Fadhil Noor, setahun sebelum kematian bekas Presiden PAS itu.

Wan Abdul Rahim merupakan orang yang bertanggungjawab memperkukuhkan PASMA di Kelantan dan merupakan musuh utama Nik Abduh walaupun pada masa yang sama, cuba menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk memperkukuhkan kedudukan dan memantapkan hujahnya.

PAS Kota Bharu adalah Kawasan PAS pertama yang mengadakan mesyuarat agungnya menjelang Muktamar Ke-61 pada Jun ini yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan. PASMA sedang melobi dan berkempen untuk menendang keluar Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan pro-ulama bagi memastikan PAS terus berada di bawah telapak kaki DAP dan diperintah pula oleh PKR.

Kenyataan Wan Abdul Rahim itu pastinya akan mendapat reaksi balas daripada kumpulan pro-ulama yang sekarang ini sudah mula menyaring dan menapis golongan PASMA serta pro-DAP-PKR dalam parti tersebut. Desakan daripada akar umbi itu agar PAS membersihkan parti tersebut daripada sebarang anasir yang cuba menjadikan PAS sebagai BIRO MELAYU-ISLAM DAP dan penyumbang tenaga demonstrasi PKR, juga semakin kuat walaupun pada masa yang sama, barisan kepimpinan PASMA cuba membuktikan bahawa mereka lebih kuat.


5 comments:

  1. Kalu ore kata .. Pas sekarang SESAT .. MARAH KAT ORE .. KALU BOLIH .. CUBA BALIK .. BUKA DAN BACA PERJUANGAN PAS YANG ASAL .. PAS .. LO NI .. BANYAK DOK BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI .. PENGIKUT DI BAWAH .. HANYA MENGIKUT BUTA TULI .. BASO KERAS KAENG ..

    ReplyDelete
  2. PAS,PASMA JADI PASEMBUR

    ReplyDelete
  3. Hahahahaaa...
    Itu ketawa D*P n PK#..

    ReplyDelete
  4. Hihihiiiiii...
    Retak menati belah..
    Tunggguuuuuu dan lihat..

    ReplyDelete
  5. Apa hal sebuk sangat ttg Pas sedangkan berita pertemuan ketua ketua bahagian umno tak ada pulak the flyingkick siaran. Takkan tak dapat bahan berita. Suahlah melayu jika blooger spr tfk pun menjadi blogger tenakan. kritik diri sendiri kanaik

    ReplyDelete