Pages

Wednesday, March 25, 2015

JANGAN PENING PASAL GST... HASAN MALEK KAN ADA?



Tidak ada nama-nama besar yang membuat demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Kastam di Kelana Jaya dua malam sudah. Kalau ada pun, hanyalah Hatta Ramli, Rara Othman dan budak-budak universiti yang mengaruk dan kemudian ditangkap serta dihumban ke dalam lokap.

Merata-rata dalam Facebook, golongan yang tidak faham tentang GST dan peranannya, menyalahkan Kerajaan kerana telah menambah GST di atas SST, walaupun hakikatnya tidak begitu. Mereka mempunyai bukti iaitu peningkatan harga kepada semua barangan termasuklah barangan yang sepatutnya tidak dikenakan GST dan menyaksikan kenaikan harga bermula 1 April nanti. Walaupun Mat Maslan mengatakan banyak barangan pengguna tidak akan mengalami kenaikan harga, tetapi golongan anti-GST menunjukkan bukti bahawa harga memang telah naik. Para peniaga telah pun menambah 6% daripada harga sebelum ini.







Kalaupun ada yang cuba menjawab dan menyanggah tuduhan berkenaan, di padang permainan sebenar, harga memang telah dinaikkan. Malahan sudah ada pula laporan yang menyatakan barangan mula disekat jumlahnya bagi mewujudkan lebihan permintaan sekaligus melonjakkan harganya berdasarkan prinsip asas ekonomi, penawaran dan permintaan.

Apatah lagi sudah muncul pula cerita bagaimana Pelabuhan Kelang sekarang, sudah kosong dan gudang-gudang kontena semakin kosong sehingga ada yang mendakwa, boleh bermain futsal di dalam gudang tersebut, manakala mereka yang bekerja untuk tempoh yang panjang, sekarang ini boleh balik awal kerana tidak banyak kerja yang boleh dibuat.

Sana sini orang bercakap tentang peningkatan harga walaupun 1 April masih ada seminggu lagi bagi memulakan perlaksanaan GST.

Penentangan demi penentangan termasuklah tohmahan demi tohmahan, malah bukti demi bukti yang dikeluarkan oleh golongan yang mendakwa GST lebih memeras berbanding menyenangkan, ditambah pula dengan kehalobaan para peniaga yang sudah pun menaikkan harga barangan sekarang sebanyak 6% dengan penambahan tersebut perlu dibayar oleh pengguna, menyebabkan golongan yang sudah pun sedikit faham tentang GST, kembali tidak faham, malah lebih keliru.

Namun, pada ketika kekalutan inilah, muncul HASAN MALEK, Menteri KPDNKK yang 'berjaya' memberikan penjelasan yang paling mudah, paling efektif dan paling hebat. Solusi yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun. Penyelesaian yang tidak mampu difikirkan oleh Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang sibuk berceramah di sana sini.

Kata Hasan Malek, kekeliruan tentang GST dan peningkatan harga, cukup diselesaikan dengan mengunjungi laman web KPDNKK di SINI. Kalau tengok tak sama, anda boleh adu DI SINI. Kalau bermasalah juga, anda boleh hubungi terus di talian 1-800-886-800. Kalau tak cukup juga, anda boleh hantar SMS:

ADU<maklumat aduan>
<lokasi premis>
<nama anda>
<nombor telefon yang boleh dihubungi semula>

dan hantarkan ke 32255.

Kalau tetap tidak ada tindakan susulan daripada pihak berewajib setelah laporan dibuat, anda boleh buat aduan ke Unit Integriti KPDNKK bersama bukti-bukti laporan anda di SINI.

Apa punya pembaziran dibuat berbelas-belas juta semata-mata untuk ceramah GST di sana sini sedangkan penyelesaiannya yang diutarakan oleh Hasan Malek mampu menjimatkan duit rakyat.


Yang pergi buat demonstrasi di hadapan ibu pejabat Kastam tu pun kononnya untuk bersoal jawab pun, SATU TOLOL juga. Mereka sepatutnya ke KPDNKK di Putrajaya, bersemuka dengan Hasan Malek kerana semua harga barangan dan perkhidmatan pengguna berada di bawah tanggungjawab kementeriannya. Yang duk pi demo kat Kelana Jaya tu pasai apa? Kastam bukannya tahu apa-apa pun tentang harga barang!!!

Bagi mereka yang bimbang tentang peningkatan harga dan kos, jangan risau... HASAN MALEK KAN ADA!

Hasan Malek akan menyelesaikan masalah kenaikan harga semudah empat langkah yang disebutnya dalam siaran berita di televisyen? Tak perlu penguatkuasaan ekstrim, tak perlu pemantauan, tak perlu perlaksanaan undang-undang dan tidak perlu mencetuskan kemarahan para peniaga yang cuba meraih keuntungan dan pada masa yang sama, memberikan imej buruk kepada Kerajaan Najib. Cukup dengan empat langkah yang disebutkan, maka segala masalah tentang GST dan peningkatan harga barang akan selesai dalam sekelip mata. Dengan empat langkah itu, para peniaga akan terketar-ketar ketakutan dan kemudian menjadi pemurah serta pematuh kepada undang-undang sedia ada.

Tidakkah anda berasa kagum dengan kehebatan Menteri KPDNKK yang tidak dipandang orang ramai ini?

Anda patut kagum dengannya sepertimana yang Blog Gerakan Anti PKR sebutkan!!!




6 comments:

  1. Nak jumpa Hassan Malek bukannya senang. Dia asyik ke hulu hilir cium tangan Rosmah.

    ReplyDelete
  2. Ekekekekekekekekkekee.............Hasan malek harus bertaubat.

    ReplyDelete
  3. Sebagai rakyat marhaen saya tertanya apa budi yang harus dibalas kepada hassan malek atas jasa beliau selama ini.Tolong bantu saya!!!

    ReplyDelete
  4. HARGA MEMANG DAH NAIK...

    ASAN MALIKI DAN PEGAWAI DIA MEMANG KEJE MAKAN GAJI BUTA JE.

    ReplyDelete
  5. Kenapa bayaran tuisyen naik 6% kerana GST..adakah tuisyen itu sebahagian barangkah? Pening-pening tolong jawab.....

    ReplyDelete