Pages

Tuesday, March 24, 2015

SIAPA DI KALANGAN UMNO DAN PAS YANG AKAN TOLAK RUU HUDUD PAS NANTI?




Bagi membolehkan RUU Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015), Pas hanya perlu melakukan salah satu daripada tiga perkara di bawah:

1. Meminda Akta 355 dan 356 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 atau

2. Memohon kebenaran di bawah Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

3. Meminda Perlembagaan

Untuk meminda dua akta (1) dan (2), Pas hanya memerlukan sokongan "simple majority atau 112 orang ahli parlimen sahaja bagi membolehkan ianya diluluskan.

Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Dari 222 orang, jumlahnya ahli parlimen Islam adalah seramai 136 orang.

136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO – 87 orang
2) Ahli parlimen PBB – 10 orang
3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang
4) Ahl parlimen PAS – 21 orang
5) Ahli parlimen PKR – 15 orang
(tidak termasuk Anwar Ibrahim)
6) Ahli parlimen DAP – 2 orang

Dari jumlah ini, jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan menyokong RUU ini adalah seramai 25 orang, iaitu 7 orang daripada PAS (PasMa), 2 orang DAP dan 16 orang PKR termasuk Anwar)

Justeru jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka menyokong RUU Hudud ini cuma 111 orang, tidak sampai 112 orang majoriti mudah.


2 comments:

  1. Si mamat-LIBERAL-BANGANG/BONGKAK-si GALAK-PELUK-gong engDAPBANGKAI tu, ni jenis Islam/Melayu apa - menteri pula tu! Sampai begitu sekali dia MENGHINA ISLAM/umatnya! Dia ingat undg-undg Perlembagaan melebihi/lebih tinggi taraf dari undg-undg SYARIAH; sedgkan ISLAM adalah UGAMA NEGARA, mengikut undg-undg perlembagaan pun! Lihat artikel BERNAS ini di https://akarimomar.wordpress.com/2015/03/24/orang-gila-macam-nazri-sahaja-yang-tidak-, percayakan-hudud/ , Orang Gila Macam Nazri Sahaja Yang Tidak Percayakan Hudud, 24 March, 2015!

    Patut dah lama diPECATkan si mamat ni - tengoklah PELANCONG/PELABUR diagungkan sampai yg. si PENDATANG KAPIR-amat BIADAP bukan main bermaharajalela kat NEGARA ISLAM ni; termasuk mempromosikan budaya SIAL Barat-Zionis depa sesuka hati cthnya iklan GERGASI-PORNO di kedai baju-dlm. ala-PELACUR di VIC-secret di 'mall' Nu-ZIONIS baru kat sentral tu!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Awalludin Makrifatullah.. knp hudud ditentang oleh org islam dan bukan islam? sedangkan ia adalah ajaran agama yg suci? Rasul membawa Islam dgn mengajak manusia mengenal Allah.. bukan dgn membawa hukum hudud. bila hudud dijadikan modal politik akhirnya agama itu di hina sedangkan islam adalah agama yg terhebat..bila hati telah mengenal Allah takda hukum hudud pun manusia akan berkelakuan baik.. hudud tidak pernah diwartakan namun semua sahabat tidak pernah melanggar hukum Allah.. jika ada yg terlanjur pun mrk sendiri yg minta di hududkan. jika ahli dlm jemaah sendiri pun tdk mampu dididik taat pd perintah Allah apatah lg org luar? jgn pulak nanti bila mrk ahli jemaah maka mrk bebas hudud.. hudud adalah pagar yg menjaga batas agama bukannya alat utk menakutkan manusia.. wallahuaklam

    ReplyDelete