Pages

Sunday, March 8, 2015

#KITALAWAN... SOGO NAK SAMAN PKR DAN PAKATAN RAKYAT, LAWAN LER YER, JANGAN BANYAK DALIH PULAK!!!



Ini kali kedua SOGO bercadang mahu menyaman PKR dan Pakatan Rakyat. Kali pertama dahulu, ketika BERSIH tetapi gagal kerana tiada seorang pun daripada kepimpinan PKR, DAP dan PAS mahu bertanggungjawab sebaliknya menuding BERSIH yang empunya angkara. Dan SOGO tidak boleh menyaman BERSIH kerana BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan secara rasminya tidak wujud.

Bila tidak berdaftar dan tidak wujud, walaupun secara jelas mereka memang terlibat, tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.

Pakatan Rakyat terlepas.

Tetapi kali ini, DAP sudah berlepas diri dengan kenyataan Lim Guan Eng yang menyatakan larangan bagi wakil-wakil rakyat Pakatan Pulau Pinang daripada terbabit dengan demonstrasi. PAS pula tidak mengeluarkan sebarang arahan dan menafikan surat arahan palsu yang meminta ahli-ahli PAS berdemonstrasi bersama-sama PKR. Hanya PKR yang mengeluarkan surat arahan kepada ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di hadapan Sogo dan beberapa lokasi lain, termasuklah di hadapan KLCC.

Dengan kata lain, PKR adalah entiti yang paling sah menganjurkan dan terlibat dalam demonstrasi tersebut, terutama sekali menerusi arahan Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR dalam surat-surat pekeliling yang turut disiarkan oleh media.

Secara tidak langsung, SOGO dan pihak-pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas PKR kerana mengganggu operasi dan aktiviti perniagaan serta ekonomi, sudah boleh berbuat begitu kerana bukti-bukti pembabitan dan penganjuran PKR sangat jelas.

Apa dalih PKR kali ini? Adakah mereka akan meminta bukti daripada SOGO kononnya untuk mensabitkan kesalahan menganjurkan perhimpunan haram dan menghalang aktiviti perniagaan syarikat tersebut? Apakah mereka akan berkeras menyatakan bahawa Artikel 10 (1) yang menyatakan kebebasan berhimpun dan bersuara tetapi cuba menyembunyikan perkara yang membabitkan Artikel 10 (2) yang menghalang dan melarang himpunan yang sama?

Kita tunggu dalih-dalih PKR dan para peguam DAP selepas ini!!!


3 comments:

  1. Yg ni baru betul....saman jgn tk saman..akhirnya sape pndai..melayu atau cina yg pndai..cina dh tau dh..sogo akan saman..awl2 lg tarik diri..

    ReplyDelete
  2. Bagus..bagus bawak PKR ke mahkamah..parti anak beranak yg giler kuasa tak tahu malu dan insaf dan tak tahu bersyukur menyusahkan org saje....

    ReplyDelete
  3. Saman saja. Bapak dah masuk JEL. bapak dah jadi BANDUAN LIWAT. anak bini yg tak serik ni kasi saman kaw2. Hidup anak beranak menyusahkan orang

    ReplyDelete