Menurut John Malott, dia tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Rumah Putih berhubung pemansuhan petisyennya.
"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu, petisyen tersebut telah digantung dan laman Rumah Putih berkata, kami telah melanggar terma dan syarat-syarat. Laman sesawang itu juga berkata, mereka akan menghubungi saya, tetapi mereka tidak pernah melakukannya. Jadi saya rasa hairan," katanya.
Malott berkata lagi, dia telah menghubungi Rumah Putih beberapa kali dan pejabat yang mengendalikan petisyen tersebut telah memintanya agar menghantar e-mel berhubung permohonannya.
Setakat ini, tiada penjelasan lanjut mengapa petisyen berkenaan digantung dan mengapa ia diletakkan kembali di dalam talian.
"Saya hanya boleh membuat spekulasi bahawa terdapat dua kemungkinan yang berlaku. Sistem komputer Rumah Putih cuba mengesan tandatangan-tandatangan yang tidak 'tulen' dan dijanakan oleh bots komputer," kata Malott.
"Satu lagi teori ialah sistem komputer telah mengesan peningkatan drastik tandatangan dalam tempoh beberapa hari dan secara automatik telah membuang petisyen tersebut sehinggalah seseorang datang memeriksa kesahihan tandatangan tersebut."
"Komputer melakukannya sekitar jam 10:00 malam (10:00 pagi waktu Malaysia) dan memansuhkannya. Tetapi apabila manusia sebenar datang bekerja pada pagi Selasa (waktu Washington DC) dan memeriksanya, mereka mendapati tandatangan-tandatangan tersebut adalah sah dan mereka kembali menaikkan petisyen berkenan.
"Teori seterusnya adalah kesilapan manusia. Mereka keliru dengan dua petisyen iaitu petisyen Anwar dan 'respect the sovereignly of Malaysia'. Ramai orang di Malaysia percaya, petisyen 'selamatkan Malaysia' dijanakan oleh komputer dan tidak tulen.
"Jadi, teorinya ialah, seseorang di Rumah Putih berkata, 'turunkan petisyen itu' dan mereka keliru antara dua petisyen Malaysia itu. Itulah yang menyebabkan
Petisyen 'Respect the Soverignly of Malaysia' dibuat untuk menggesa pentadbiran Obama agar tidak campurtangan dalam sistem perundangan dan hal ehwal Malaysia. Petisyen tersebut telah dibuang oleh laman sesawang Rumah Putih pagi tadi.
Menurut Malott, dia tidak membuat desakan agar petisyen tersebut dibuang. (SUMBER)
Malott fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh kut untuk mempercayai penjelasan tongongnya?
(1) Teori 1: Komputer mengesan bots dalam petisyen 'Free Anwar' dan secara automatik telah membuangnya tetapi kemudian manusia telah mengembalikan petisyen tersebut atas talian.
(2) Teori 2: Faktor manusia telah mengesan petisyen 'Free Malaysia' mengandungi tandatangan-tandatangan palsu dan hendak menggantungnya tetapi keliru dan menggantung 'Free Anwar'.
Alasan apa yang diberikan oleh John Malott nih? Sekaligus membuktikan bahawa, semakin akrab seseorang itu dengan Anwar Ibrahim, makin mabuk dan makin tolol ler sepertimana yang ditunjukkan oleh John Malott!!!
Penjelasan yang diberikan oleh Kedutaan Amerika Syarikat pula, jauh lebih kelakar sekaligus menunjukkan sistem IT yang dibangga-banggakan oleh negara itu, hanyalah sekadar bersifat AMATUR!!!
Eh macamana boleh gitu pulak? Kan Tian Chua dah tuduh Kerajaan Malaysia yang terlibat mengarahkan AS turunkan....bukan sebab lain....
ReplyDeleteserkap jarang rupa-rupanya...he he he
ReplyDelete