Pages

Wednesday, March 11, 2015

SELEPAS 3 HARI LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) EDISI KE-20 SEMAKIN MENARIK!!!



LTDL Edisi Ke-20 sudah memasuki hari keempat dengan laluannya hari ini adalah dari Kota Bharu ke Kuala Berang. Dan nampaknya, walaupun ramai yang sudah meninggalkan basikal sebagai kenderaan dan pengangkutan utama, LTDL membawa demam baru yang menyaksikan, semakin ramai pula menjadikan basikal sebagai sumber riadah, terutama sekali untuk mengempiskan perut dan mengecilkan paha.

Itu demam yang sedang melanda negara ini menerusi kehadiran LTDL yang mendapat liputan penuh RTM bagi siaran tempatan dan beberapa stesen televisyen antarabangsa pada setiap hari perlumbaan.

Anda saksikanlah sendiri kemeriahan hari ketiga (semalam) dalam laluan Gerik-Tanah Merah. Barangkali gambar-gambar yang dihidangkan ini akan dapat mengundang rasa dan keinginan anda untuk melihat serta menikmati keindahan negara sendiri.





Jangan pandang dari sudut LTDL dan basikal lumba semata-mata, tetapi perhatikanlah dan cermatikanlah laluan yang digunakan. Tidak guna kita bercakap tentang keindahan negara orang, sedangkan di negara sendiri, kita banyak tidak tahu atau sekadar memandang remeh keistimewaan yang terhidang.

Namun sesuatu yang anda harus fikirkan ialah, mengapa agaknya, semakin banyak negara di dunia ini yang mahu mengadakan sukan jelajah berbasikal seperti LTDL jikalau ianya tidak membawa kepada keuntungan besar kepada negara-negara terbabit.






No comments:

Post a Comment