Pages

Monday, April 27, 2015

AIKKKK... KEMARUK NAK UNDI PENEROKA FELDA, SANGGUP TIPU JAWATAN DAN GUNA SUSPEK PECAH AMANAH DAN RASUAH DUIT PENEROKA?


PAS seringkali mendabik dada, mereka adalah parti Islam. Para penyokong dan pendokong mereka adalah golongan yang tegar menyokong Islam dan tidak bertoleransi dengan mana-mana elemen yang menentang Islam. Para pemimpin utama PAS pula seringkali ditanggapi dengan gelaran ULAMA, sebuah gelaran yang merupakan FULLSTOP dan mandatori bagi sebarang kritikan mahupun rungutan tentang kelemahan mereka dari kalangan yang dikenali sebagai golongan mubtadi atau orang awam.

Para penyokong PAS amat kukuh pendirian mereka bahawa PAS jauh lebih jujur berbanding UMNO. Lebih Islam berbanding UMNO-BN. Apa-apa sahaja keputusan PAS, semuanya Islamik dan tidak ada Islam melainkan apa-apa yang diputuskan dan diamalkan oleh PAS.

Tetapi itu hanyalah retorik semata-mata.

Hakikatnya, PAS terdesak dan apabila sudah terdesak, maka PAS akan sanggup melakukan apa-apa sahaja sebagai memenuhi cita-cita politik mereka termasuklah terpaksa menipu dan memperdayakan para pendengar, penyokong serta orang di atas pagar.

Dalam kempen mereka di Rompin, PAS tanpa pedulikan elemen Islam yang menekankan kejujuran dan keikhlasan TERPAKSA menggunakan khidmat salah seorang SUSPEK PERASUAH dan PENYELEWENG yang kesnya masih dalam proses di peringkat mahkamah. Malah turut menipu jawatan individu tersebut dengan maksud agar para pengundi terutama dari kalangan peneroka FELDA akan terpengaruh dengan dakyah yang dilakukan.


Individu yang digunakan oleh PAS sebagai tukang kempen pembohongan adalah Sarchu Sawal, yang dinamakan oleh organ rasmi PAS, HARAKAH sebagai BEKAS CEO KOPERASI FELDA. Dalam Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang belum mula sudah pun gagal dan bungkus khemas, Sarchu Sawal diberikan jawatan 'BEKAS CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA HOLDING'.

Malangnya Shartu Sawal bukanlah bekas CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA sebagaimana yang dikhabarkan oleh Harakah dan PAS, sebaliknya dia hanyalah CEO kepada anak syarikat Koperasi Felda Holding iaitu KPF QUALITY FOODS SDN. BHD, satu jawatan yang jauh lebih kecil dan kurang berdarjat berbanding CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA.

Satu budaya di kalangan golongan perasuah dan penyeleweng ini ialah, mereka akan bersalin kulit dan mula menyangkut kopiah putih dan mula bercakap tentang agama, lantas  menjadikan PAS sebagai wadah terbaik. Pada ketika itulah, mereka akan mula mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan atau agensi yang pernah mereka diberikan tanggungjawab dahulu. Perkara terpenting yang seringkali disebut ialah RASUAH dan SALAHGUNA KUASA yang seakan-akan wabak dalam kerajaan dan agensi berkenaan.


Itu yang berlaku apabila PAS dan PKR menggunakan bekas-bekas pegawai tinggi tentera untuk menentang kerajaan dengan kesemua mereka, telah dipecat atau dinasihatkan bersara kerana melakukan penyelewengan dan rasuah, termasuklah membabitkan kes kehilangan enjin jet pejuang serta penyelewengan peruntukan logistik.

Barangkali bila masuk PAS dan bercakap di atas pentas PAS, membuka semua rahsia penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan, maka dosa serta perbuatan jahanam mereka akan dapat dihilangkan kut?

Sarchu telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pecah amanah dana berjumlah RM30 juta pada tahun 2013. Kesnya masih lagi berjalan dan berlawanan daripada apa yang difikirkan oleh para penyokong PAS yang menggunakan alasan, kalau betul dia menyeleweng mengapa dia tidak dipenjarakan, Sarchu dibebaskan dengan jaminan sebelum menghadapi pertuduhan.




No comments:

Post a Comment