Pages

Monday, April 27, 2015

BAGUS!!! PERANG HARGA TESCO DAN MYDIN... TAPI TESCO TETAP KALAH!!!


Nampaknya ada impak dari pendedahan saya bulan lepas tentang manipulasi harga pasca GST yg dilakukan oleh beberapa pasaraya gergasi di Malaysia. TESCO, Giant dan Big Aeon JUSCO ternyata tewas di tangan Mydin yang menawarkan harga yg amat berpatutan dan tambahan pula mereka (Mydin) menyerap GST.

Tinjauan terbaru saya mendapati TESCO berusaha menurunkan harga barangan bagi menyaingi harga barangan Mydin. Sabun pencuci Joy misalannya diturunkan harga secara drastik setelah pendedahan dilakukan sebelum ini. Apakah penurunan harga ini signifikan atau tidak, saya serahkan kepada pengguna utk menilainya.

Berikut adalah harga beberapa barangan yg saya survey secara rawak bagi tujuan perbandingan.


1. Beras Taj Mahal (5 kg)
TESCO: RM 32.99
MYDIN: RM 34.90
Beza: -RM 1.91


2. Sabun pencuci Joy
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.45
Beza: RM 1.50


3. Sabun pencuci Dynamo (4.4 kg)
TESCO: RM 19.99
MYDIN: RM 18.60
Beza: RM 1.39

4. Sabun pencuci Dynamo (refill-1.7 kg)
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96


5. Shieldtox (800ml X 2 unit)
TESCO: RM 18.90
MYDIN: RM 18.90
Beza: Sama

6. Sardin tin jenama TC Boy 180g
TESCO: RM 5.79
MYDIN: RM 5.85
Beza: -RM 0.06


7. Sardin tin jenama Marina 425g
TESCO: RM 5.89
MYDIN: RM 5.40
Beza: RM 0.49

8. Sardin jenama TC Boy 425g
TESCO: RM 7.45
MYDIN: RM 6.20
Beza: RM 1.25

9. Sos Cili Jenama Life (Jumbo size 725g)
TESCO: RM 3.99
MYDIN: RM 4.25
Beza: -RM 0.76

10. Quaker Oat 1.2kg
TESCO: RM 15.99
MYDIN: RM 12.90
Beza: RM 3.09

11. Minyak masak jenama Naturel 3kg
TESCO: RM 22.99
MYDIN: RM 25.65
Beza: -RM 2.66

Nota: Barangan2 makanan bertin dan sabun pencuci adalah antara barangan yg dikenakan GST. Harga yg dipaparkan adalah harga termasuk GST.

Walaupun harga ditawarkan TESCO kelihatan semakin kompetitif (tidak cekik darah seperti sebelum ini), anda akan tetap mendapat penjimatan sebanyak RM 3.29 sekiranya anda berbelanja di Mydin.

Sebenarnya ini yang kita mahu. Persaingan harga yg kuat bagi memenangi hati pengguna. Jika diluar negara, para pengguna akan boikot pasaraya yg mahal hingga mereka tunduk kepada kehendak pengguna.

Terpulang kepada rakyat Malaysia (terutamanya penduduk bandar spt saya) pasaraya mana antara kedua pasaraya gergasi ini yang menjadi pilihan destinasi berbelanja.

Namun secara peribadi, saya lebih suka berbelanja di pasaraya yg tidak mengambil kesempatan seperti Mydin dan yg menawarkan harga yg berpatutan. Dalam keadaan MYDIN menyerap GST, mereka masih mampu memberikan penjimatan keseluruhan berbanding TESCO.

Namun demikian MYDIN perlu meneliti semula harga beberapa barangan seperti minyak masak dan beras yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara dengan TESCO menawarkan harga yg lebih murah.

Kesimpulannya: Nice try TESCO...try harder. (SUMBER)

11 comments:

  1. Saya baru membeli barang-barang keperluan rumah di Mydin dan Giant. Perbezaan harga barang2 yang saya beli antara dua pasaraya ini adalah minima (ada yang harganya sama, ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal di Giant. Kalau lebih mahal di Giant pun, perbezaannya kurang dari RM0.50). Tapi, untuk pergi ke Mydin, saya kena bayar parking RM10 (di Masjid India); di Giant dekat rumah saya, parking percuma.

    Lagi satu, macam mana Mydin kata dia serap GST...bil saya terang-terang ada GST 6%. Malangnya saya tak dapat lampirkan bil itu. Harap tuan boleh tanya Mydin tentang hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gst 6% dlm resit mydin bukan tambahan pd harga yg kita bayar tetapi mydin ambil dari harga barang tersebut.

      Delete
  2. Sbenarnye takda tempat yg bebetul murah,situ mahal sini murah,situ murah sini mahal,nak kena hafal harga sbenarnye,tp majoriti tak kuasa,yg pastinye pasaraya mcm mana pun akan pastikan dorang takkan rugi..

    ReplyDelete
  3. Baru balik dari Mydin, majoriti barang lebih RM2 sebelum GST. Barang murah semuanya takde kualiti.

    HAMPEHHHHHHHHHH

    ReplyDelete
  4. Saya selalu ke Giant atau Tesco Tebrau Johor.
    Betul kata Anon 6.47pm.
    Harga sebelum GST dan selepasnya amat berbeza.
    yang menyedihkan , harga naik lebih dari 6% . Tak masuk akan.

    Bila harga naik lebih dari 6% , macam mana Rakyat nak faham GST?

    ReplyDelete
  5. Sabun pencuci attack 1.6kg mydin sedang promosi... rm11.90. Jaya grocer di shah alam harga sabun pencuci attac rm18.++ dan di speedmart rm14.++.

    Nestum original 3in1 di mydin shah alam sedang promosi rm9.40...cuba check harganya di giant dan speedmart.

    Giant buat promosi tapi bila gst harga sama mcm mydin. Barang yg takde promosi ... harga lebih tinggi.

    Harga barang di supermarket memang berubah2 sebelum gst pun. Malah di luar negara pun


    Mungkin marketing strategi ...ikut demand.

    ReplyDelete
  6. Hasan malik cakap aje..bangang

    ReplyDelete
  7. Saya akan tetap membeli di mydin walaupun lebih mahal dari tesco. ABCD

    ReplyDelete
  8. Bagi lah tempoh 6 bulan..peniaga nak clearkan stock sblm gst..tu yg mahal..lps 6 bulan stock baru baru harga jd murah..menghina org mmg seronok tapi bila dihina peniaga tamak tak pula rasa malu

    ReplyDelete
  9. Setuju bagi masa 6 bulan utk ikut teori tilak SST tambah GST

    ReplyDelete
  10. Memang mencabar nk laksana gst.. peniaga boikot. Kita boikot peniaga yg naikkan harga ...

    ReplyDelete