11 orang lelaki dilaporkan telah berjaya diberkas bersama-sama rampasan 9 buah beg pack pelbagai saiz dan 4 buah kenderaan pelbagai jenis. Antara barangan yang turut dirampas termasuklah bahan-bahan dan unsur-unsur letupan serta kakisan. Turut dirampas adalah beberapa helai bendera hitam tertera tulisan Arab atau lebih tepat lagi kalimah syahadah dan beberapa helai kain ikat kepala berwarna hitam, juga tertera tulisan kalimah syahadah selain beberapa helai baju dan kain hitam.
Kejayaan tersebut telah diumumkan oleh Ketua Polis Negara menerusi twitter rasminya.
Difahamkan, kumpulan berkenaan telah mengakui, mereka sedang melakukan uji kaji peranti letupan rekaan (IED) di lokasi berkenaan. Dipercayai, salah seorang daripada suspek mempunyai pengetahuan asas tentang IED yang diakuinya dipelajari menerusi Internet.
Ancaman kumpulan militan ini nampaknya sudah masuk ke fasa baru. Pun begitu, masih ada ramai yang menganggap, berita-berita sebegini hanyalah satu bentuk sandiwara kerajaan untuk mengalihkan isu-isu panas yang sedang melanda negara.
Barangkali kerana sudah terlalu selesa dan hidup dalam keadaan aman, berita-berita besar sebegini, kurang dipandang berat. Ancaman daripada kumpulan militan seperti IS pula dianggap hanyalah sempelan dan tidak penting!!!
Ish ish susah nak perchaya
ReplyDeleteThniah pdrm..cayalah..agaknya rakyat mlaysia nk kna tngu meletup dulu trkorban beberapa org mangsa baru diorng bkak mata diorng..psth slahkan pdrm x buat krja.. truskan usaha mu PDRM!!!
ReplyDelete