Pages

Sunday, April 26, 2015

ALAHAI WAN AZIZAH... DAH TAK PERLU UNDI DARIPADA PENYOKONG PAS, KATANYA!!!



Barangkali kerana cukup yakin orang PKR dan DAP cukup ramai untuk memenangkannya terutama sekali dengan majoriti besar yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2013, tanpa sedikit pun menoleh kepada keputusan tipis yang diperolehinya pada tahun 2004, Wan Azizah mula mengambil sikap bercakap besar.

Apatah lagi kemenangannya di DUN Kajang pada PRK tahun lepas, sedikit sebanyak barangkali meyakinkan Wan Azizah bahawa walau seteruk mana pun dia, walaupun dia tidak berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi wakil rakyat, kemenangan akan menyebelahinya.

Nampaknya dalam kempen PRK Permatang Pauh, Wan Azizah sudah kembali melakonkan wataknya dengan sebaik-baiknya.

Daripada seorang yang tidak peduli dengan masalah rakyat yang pernah diwakilinya, kini muka Wan Azizah boleh ditemui di serata ceruk dan rantau, melakukan sesuatu yang dia tidak pernah lakukan dan tidak tahu lakukan. Bahkan sampai tersesat terkeluar dari kawasan kempen kerana terlalu teruja dan mahu menunjukkan kepada para pengundi, betapa fasih dan faqihnya dia dengan Permatang Pauh yang pernah diwakilinya sebelum diserahkan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Kajang tidak lagi dipedulikan. Walaupun Kajang sedang berhadapan dengan masalah banjir kilat, Wan Azizah tidak peduli kerana yang penting baginya adalah buruan untuk mendapatkan takhta Permatang Pauh.



Tendang bola, tunggang basikal, melawat kenduri, berjalan-jalan di pasar malam, Wan Azizah nampaknya tidak mahu melepaskan apa-apa sahaja yang dilihat sangat dekat dengan kehidupan rakyat.

Sedangkan calon daripada UMNO-BN pula, kelihatan santai melaksanakan apa yang telah dilakukannya selama ini di Permatang Pauh memandangkan dia memang tinggal di Permatang Pauh, bahkan anak watan Permatang Pauh berbanding Wan Azizah yang hanya datang untuk berceramah dan kemudian berambus pulang ke Bukit Segambut atau ke Kajang Country Height, rumah mertuanya walaupun dikhabarkan hubungannya dengan mertuanya, kurang baik.

Demi sebuah kuasa, apa-apa pun sanggup dilakukan walaupun akhirnya merupakan satu kerugian kepada para pengundi yang memilihnya.

Apakah kerana sentimen, Wan Azizah akan dipilih dan apabila timbul masalah, maka yang akan dipersalahkan nanti adalah Kerajaan Pusat memandangkan wakil rakyat mereka tidak berfungsi dan sekadar mengejar serta mengepung kuasa?

Penduduk dan pengundi di Permatang Pauh wajar menepuk dada dan bertanya dahi!!!




No comments:

Post a Comment