Pages

Sunday, April 26, 2015

EKORAN KEPUTUSAN PAS HENTIKAN KERJASAMA DENGAN PKR DI PERMATANG PAUH, LIM GUAN KATA, PAKATAN AKAN BUBAR!!!



Seperti biasa, apabila dalam keadaan terdesak, Lim Guan Eng akan mula bermain jiwa. Cuba melekakan para jentera UMNO-BN di mana-mana PRK dengan kenyataan 'merendah diri'. Sekaligus mewujudkan keyakinan luar biasa dan ini akan menyebabkan jentera kempen mula bersikap sambil lewa kerana beranggapan kemenangan sudah ada dalam tangan.

Dalam perkembangan terbaru, Pemuda PAS Pulau Pinang menerusi Ketuanya, Yusni Mat Piah telah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot kempen PKR di seluruh Permatang Pauh. Sekaligus memberikan isyarat bahawa apa yang dihajatkan sangat oleh Wan Azizah, akan diperolehi.

PAS dan sebahagian daripada penyokong serta pemimpin akar umbi PKR Permatang Pauh awal-awal lagi telah menolak pencalonan dari kalangan ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim. Sebarang pencalonan daripada kalangan keluarga Anwar Ibrahim, akan berkesudahan dengan boikot.

PKR terpaksa mengambil masa yang lama dan sehingga ke saat-saat akhir untuk mengumumkan pencalonan Wan Azizah dengan harapan, apabila nama Wan Azizah diumumkan pada saat-saat akhir, mereka dapat membuat damage-control kerana para penyokong PKR dan PAS tidak punya pilihan lain.

Berikut adalah kenyataan media Pemuda PAS Pulau Pinang:

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK

Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015


Bagaimanapun, beberapa pihak berpendapat, jentera dan pemimpin serta penyokong UMNO-BN tidak perlu teruja dengan keputusan dan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang itu. Antara mereka termasuklah Zulkifli Nordin.

Menurut Zulkifli Nordin, perasaan bencikan UMNO sudah berakar umbi di dalam PAS. Justeru kepercayaan kepada mereka, tidak wajar diberikan sepenuhnya. Apatah lagi PAS sendiri seringkali menunjukkan sikap berbolak-balik dan kerap melakukan u-turn dalam banyak keputusan mereka termasuklah dalam isu hudud.

Barangkali kerana sedar masalah itulah, Lim Guan Eng menyatakan bahawa seandainya Wan Azizah kalah di Permatang Pauh, Pakatan Rakyat akan berakhir. Riwayat Pakatan Rakyat yang menggabungkan DAP-PKR-PAS akan ditamatkan dengan Lim Guan Eng cuba meletakkan seluruh kesalahan itu kepada PAS.

Sebenarnya tanpa keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang itu pun, Pakatan Rakyat sudah hampir sampai ke penghujung usia. DAP sendiri sedang bergolak dan desakan beberapa pemimpin kanan DAP agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan dan berambus dari Pulau Pinang sudah semakin kedengaran dalam Bahasa Cina.

Begitu juga dengan PKR yang sedang menyaksikan bentengan yang cuba dilakukan oleh kumpulan pro-Wan Azizah ke atas kumpulan pro-Azmin yang semakin berjaya dalam usaha menendang dan merehatkan keluarga Anwar Ibrahim.

PAS sendiri masih bergelut dengan PASMA dan beberapa isu lain termasuklah hudud yang ditentang oleh pemimpin-pemimpin pro-Guan Eng.




1 comment:

  1. Mungkin dunia sudah sampai di akhir hayat. Sesama parti bgolak. Dunia tk kekal dn khidupan sgt singkat gunakan masa yg ade utk jln kebaikan......

    ReplyDelete