Nama sahaja rakyat Malaysia, tetapi sebenarnya langsung tidak ada rasa hormat kepada Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Malah, walaupun seringkali berselindung di sebalik Perlembagaan, hakikatnya DAP dan para pemimpin mereka sebenarnya amat memusuhi Perlembagaan Malaysia.
Cadangan agar bakal-bakal calon Pilihanraya dikehendaki WAJIB SEKURANG-KURANGNYA KREDIT Bahasa Melayu secara lisan dan tulisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, nampaknya ditentang keras oleh Ong Kian Min yang menganggap, cadangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan kurang waras. Malahan, N.Surendran dari PKR pula bertanya apa perlunya calon berbahasa Melayu dengan alasan, keputusan tersebut terletak di tangan pengundi. (RUJUK SINI)
Satu-satunya Bahasa Rasmi di Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pula adalah Bahasa Kedua. Manakala bahasa pertuturan selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diletakkan dalam kategori bahasa ibunda yang dibenarkan dituturkan serta dipelajari secara bebas di negara ini.
Barangkali kerana tidak faham frasa 'dibenarkan guna, dituturkan atau dipelajari', maka Ong Kian Min menganggap Bahasa Melayu sudah tidak lagi berada dalam kedudukan Bahasa Rasmi Kebangsaan. N.Surendran pula barangkali terlupa bahawa ini adalah Malaysia dan walaupun di India, para perwakilan di Parlimen mahupun Dewan Negeri mereka memerlukan setiap perwakilan menguasai Bahasa Kebangsaan sama ada dalam bentuk tulisan apatah lagi lisan.
Mungkin kerana sudah terlalu lemak dan naik ke kepala, baik Ong Kian Min mahupun N.Surendran sudah lupa di mana mereka berada. Mereka sebelum ini banyak memperkatakan tentang Cina dan India tetapi pada masa yang sama, mereka buat-buat tidak sedar tentang peruntukan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Justeru barangkali itulah sebabnya mengapa, ADUN 'TERBULU-BULU' dari DAP menimbulkan tanda tanya sama ada dia sebenarnya rakyat Malaysia atau sebaliknya kerana penguasaan Bahasa Kebangsaannya terlalu daif!!!
Dia sebenarnya takut sebab kerajaan sekarang tidak berani membuat usul d parlimen bukan ada sebab lain
ReplyDeleteWakil rakyat tak tahu cakap melayu lagi lagi memalukan.
ReplyDeleteDia boleh ckp melayu.
ReplyDeleteLu gua mak lu bini gua.
Huhuhu. . .
Kurang Ajar!!!
ReplyDelete