Pages

Monday, May 4, 2015

LIM GUAN ENG PEMBOHONG BESAR, YANG DIKATAKANNYA PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA PERMATANG PAUH, SEBENARNYA PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT!!!



Hari ini, Lim Guan Eng dalam usaha untuk menjawab dan mempertahankan dirinya daripada dakwaan Barisan Nasional bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinannya mengabaikan Permatang Pauh, cuba membuktikan bahawa dia sebenarnya tidak berbuat begitu.

Dia telah menyiarkan pelbagai angka dengan mengatakan, pentadbirannya telah membelanjakan sejumlah RM13.925 uta untuk 95 projek infrastruktur jalanraya di kawasan Parlimen Permatang Pauh antara tahun 2008 sehingga 2015, manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai pula telah membelanjakan RM24.58 juta untuk projek saliran sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini.

Nak kata bodoh, Lim Guan Eng sangat bijak. Yang pasti, dia cuba membohongi rakyat dan memperdayakan para pengundi di Permatang Pauh.

Ternyata sangat jelas bahawa Lim Guan Eng sebenarnya CUBA MEROMPAK KREDIT Kerajaan Pusat dalam jawapan yang diberikannya.

Untuk mereka yang dengan mudah mempercayai pembohongan si mata sepet bernama Lim Guan Eng ini, MPSP memperolehi dana dan peruntukan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi projek saliran. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan adalah KERAJAAN PUSAT.

Jalanraya berada di bawah JKR yang menerima peruntukan dan dana daripada Kementerian Kerja Raya yang juga berada di bawah KERAJAAN PUSAT, bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang!!!

Kerja orang lain, dia yang mengaku, apa hal?

Cuba perhatikan pula angka-angka ini yang terhasil daripada angka-angka yang diberikan oleh Lim Guan Eng sendiri dengan andaian bahawa kesemua peruntukan dan dana itu datangnya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM3.369 secara keseluruhan sekaligus menjadikan Permatang Pauh hanya mendapat 1.18% daripada bajet Kerajaan Negeri. Permatang Pauh hanyalah bernilai 1.18%;

2) Dalam tempoh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah milik Kerajaan Negeri bernilai lebih RM10 bilion. Dengan menjual tanah bernilai RM10 bilion, Kerajaan Negeri hanya memulangkan sebanyak RM38.45 juta? (BUKTI DI SINI)

3) Projek laluan basikal sahaja di tengah-tengah pulau itu sejauh 12.5 kilometer bernilai RM30 juta dan nilai tersebut jauh lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan kepada Permatang Pauh sepanjang tujuh tahun. Sekaligus menunjukkan laluan basikal di tengah-tengah pulau, jauh lebih penting berbanding semua jalan dan perparitan di Permatang Pauh! (BUKTI DI SINI)

3) Projek sebatang jalan di Jalan Paya Terubong di pulau itu yang berjarak 3.65 kilometer sahaja sudah mencecah nilai RM300 juta atau lebih 700% daripada keseluruhan peruntukan untuk jalan raya dan perparitan di Permatang Pauh selama 7 tahun. (BUKTI DI SINI)

4) Kajian rekabentuk dan kebolehlaksanaan untuk Terowong Pulau Pinang sahaja sudah bernilai RM305 juta atau hampir 800% daripada peruntukan untuk Permatang Pauh sepanjang 7 tahun. (RUJUK SINI)

Semua bukti-bukti ini membenarkan apa yang diperkatakan oleh Ismail Sabri, sekaligus membuktikan bahawa LIM GUAN ENG ADALAH PEMBOHONG BESAR!!!

Angka-angka yang disiarkannya itu sendiri cukup sebagai buktinya....

LIM SIAN SEE


3 comments:

  1. Malang bagi penyokong2 PAS dan PKR yang mempercayai Guan Eng seperti Dr. Norlela ADUN penanti. Hatinya luhur untuk membantu penduduk Penanti tetapi cadangan(motion)nya kepada Dewan Undangan Negeri dibakulsampahkan.

    Dikala semua orang2 Cina dan kakitangan Kerajaan Negeri amat mengetahui perangai Guan Eng yang kuat rasuah, penipu, pembohong dan pakar putar belit, malangnya ada lagi insan yang percaya kepadanya. Bila kami (kakitangan kerajaan) cerita orang tak percaya. Bila kena batang hidung sendiri baru tahu.

    Apa pun aku tabik kepada Dr. Norlela kerana berani berjuang menentang seorang diktator. Tidak seperti sesetengah orang yang hanya inginkan kerusi empuk bergaji tinggi. Urut janggut mata terkebil-kebil, diam terangguk-angguk seolah-olah tidak ada suara.

    Buat pengetahuan Dr. Norlela, Guan Eng bukanlah seorang yang bersih. Dibelakangnya ada gangster, pemilik kilang haram, kontraktor dan pemaju yang rakus. Mereka inilah yang menghulurkan kang taw kepada Guan Eng. Apabila Dr mencadangkan tindakan diambil kepada mereka2 ini ataupun mengenakan peraturan yang ketat untuk mereka maka Dr telah mengganggu periuk nasi Guan Eng.

    Tahukah Dr Norlela cerita disebalik Bukit Botak? Ceritanya panjang tapi cukup sekadar untuk saya beritahu bahawa Guan Eng terpaksa bersekongkol membotakkan bukit tersebut dengan seorang kontraktor kerana terhutang budi dengan bayaran komisyen RM5 juta yang telah diterima oleh Guan Eng untuk satu projek kerja tanah di Batu Kawan bernilai RM75 juta.

    ReplyDelete
  2. Lge pandai. Dibodohkannya umno.
    Umno lah bodoh.

    ReplyDelete
  3. Itu bukan pandai namanya, itu berbohong. Pandai berbohong. Kenapa pulak Umno yg bodoh? Pengundi Permatang Pauh lah yg bodoh. Asyik kena tipu tapi masih percaya.

    ReplyDelete