Pages

Wednesday, May 6, 2015

BERSIH SUDAH DIGERAKKAN HENTAM SPR, RAFIZI DENGAN PENGUNDI HANTU MELAYU DAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SAMAN SPR!!!



Memang nampak terdesak sangat-sangat dah PKR.

Bagaimanapun, sasaran mereka tidak lagi UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Bagaikan sudah menjangka apa yang dapat berlaku berdasarkan bukti-bukti yang dapat mereka lihat sendiri, PKR berasakan Suruhanjaya Pilihanraya adalah pilihan terbaik untuk mewujudkan persepsi di kalangan pengundi bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh sangat kotor dan kalau pun Barisan Nasional kalah dengan majoriti kecil, itu adalah kerana SPR bertindak sebagai 'ANJING BARISAN NASIONAL'.

Itu yang dikatakan oleh BERSIH menerusi jurucakap mereka, Marina Chin Abdullah. Tuduhan kononnya SPR menyembunyikan sesuatu telah dibuat selain desakan agar SPR mendedahkan jumlah senarai pengundi kononnya untuk lebih ketelusan. Kalau SPR tidak melakukan sebagaimana yang didesak oleh BERSIH, maka Pengerusi SPR perlu meletak jawatan kerana bertindak memenangkan UMNO-BN. (RUJUK SINI)


Sementara itu, Rafizi Ramli pula kembali dengan cerita PENGUNDI HANTUnya setelah beberapa isu yang cuba dibangkitkan, langsung tidak membuahkan hasil. Permainan rasis yang cuba dibuat oleh PKR juga tidak mendapat sambutan, sebaliknya masyarakat India yang sebelum ini merupakan deposit tetap PKR di Permatang Pauh mengambil sikap bertentangan berbanding tanggapan awal PKR.

Rafizi Ramli mendedahkan tentang dua nama 'pengundi hantu' Melayu yang berjaya dikesannya sebagai cara untuk membuktikan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan UMNO-BN. (RUJUK SINI) Bagaimanapun, Rafizi tidak pula dapat menjawab tentang dakwaan oleh ahli-ahli PKR tentang PENGUNDI-PENGUNDI HANTU yang digunakan oleh PKR dalam pemilihan parti tersebut sepertimana yang didedahkan menerusi klip video ini.



Tiga nama pengundi Cina yang menggunakan alamat rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh telah pun dikesan. Bagaimanapun, ketiga-tiga orang pengundi Cina tersebut adalah para pengundi PKR. Pendedahan tersebut dibuat lebih awal daripada pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli.






Apakah kerana pendedahan tersebut, maka Rafizi Ramli terpaksa mencipta dua nama Melayu yang dikatakannya sebagai pengundi hantu.

Ternyata, PKR sebenarnya yang membiakkan Pengundi Hantu dan sekarang, mereka cuba menggunakan kaedah yang mereka amalkan secara meluas itu untuk menuduh SPR dan UMNO-BN berbuat perkara yang sama.



Namun yang lebih kelakar adalah apabila Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman SPR kerana tidak membenarkannya mengundi. Walaupun samannya itu tidak sah kerana statusnya sebagai banduan yang tiada hak untuk mengundi atau terlibat dalam pilihanraya, tetapi sebagai Anwar Ibrahim dan sebagai PKR, dia dan konco-konconya apa peduli. Bagi mereka, mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Undang-undang bukanlah perkara yang dapat menghalang mereka daripada mencipta polemik walaupun undang-undang secara jelas menyatakan bahawa BANDUAN terutama sekali BANDUAN JENAYAH LIWAT seperti Anwar Ibrahim memang tidak dibenarkan mengundi!!!


1 comment:

  1. Memang aku sokong ada pengundi hantu... aku terdengar semasa lalu kat Sg Buloh.. Jeritannya jelas mengatakan hantu-hantu ada di Permatang Pauh!

    ReplyDelete