Bagaimanapun, apa yang telah disebarkan oleh China Press tidak ditarik balik. Fitnah yang dibuat oleh China Press adalah berterusan kerana cetakan fitnah tersebut sudah pun berada di tangan golongan yang disasarkan.
Apatah lagi, tidak ramai daripada penerima naskhah yang mengandungi fitnah berkenaan akan menilai berita fitnah berkenaan melainkan menerimanya bulat-bulat. Permohonan maaf oleh China Press juga tidak akan dihiraukan kerana kebanyakan pembaca sudah menerima, berita fitnah itu adalah satu kebenaran.
Setakat ini, tiada mana-mana pihak dari MCA mahupun GERAKAN atau lebih tepat lagi para pemimpin Cina BN di Malaysia yang sanggup mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah ke atas media-media seperti China Press yang kuat menyebarkan pembohongan dan taktik Pakatan Rakyat.
Atau dengan kata lain, kesilapan besar para pemimpin UMNO yang membiarkan pembohongan dan penipuan portal-portal pro-pembangkang ke atas mereka, diulangi oleh para pemimpin Cina BN yang akhirnya akan menjadikan fitnah tersebut dianggap satu kebenaran.
Barangkali kerana takut melihat kesungguhan MCA terlibat aktif di Permatang Pauh, berbanding tanggapan yang diberikan kepada MCA bahawa parti tersebut banyak diam dan kurang bekerja, menyebabkan PKR terpaksa mengalihkan taktik serangan dari UMNO kepada MCA.
Heng Seai Kie tidak sepatutnya berhenti sekadar laporan polis dan sidang media, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah ke atas China Press yang tidak pun menarik kembali KESEMUA TERBITAN FITNAH mereka yang sedang beredar dengan bebas di kalangan awam. Kalau Lim Guan Eng boleh berbuat begitu dan akhirnya menang, mengapa pula Heng Seai Kie menjadi terlalu baik hati?
Dia baik hati la sbb org dia juga. Dorang yg cucuk org melayu yg sensitive bergadoh sesama sendiri. Yg melayu punya tak habis dgn kebanggangan mcm tak boleh berfikir dan tak mau berfikir mengkerjakan bangsa sendiri.
ReplyDelete