Pages

Wednesday, May 13, 2015

BOLEH PUN TAHAN DAN HALANG PENDATANG MYANMAR MENDARAT!!! KENAPA SEBELUM INI TAK BOLEH?!!!


Selepas pendedahan tentang kubur pendatang Myanmar dan Bangladesh yang mati secara beramai-ramai di kawasan transit sebelum mereka dibawa masuk ke Malaysia di Padang Besar, selain cerita tentang pemerintah Indonesia sekadar membekalkan air, perubatan dan makanan kepada bot-bot membawa pendatang haram dari Myanmar dan Bangladesh itu sebelum menarik bot mereka dan menghalau ke arah perairan Malaysia, barulah muncul cerita kejayaan APMM menahan sebuah bot yang membawa hampir 400 orang pendatang Bangladesh dan Myanmar.



Difahamkan sebuah kapal APMM pada petang tadi telah berjaya memintas sebuah kapal pelarian Rohingya pada jam 7:27 malam di perairan berhampiran Pulau Rebak.

Itu cerita lautnya... yalah, selepas popular cerita tentang pemaksaan ke atas pendatang-pendatang tersebut sebagai buruh paksa, dunia baru nak buka mata. Tetapi biasalah, memandangkan yang terlibat adalah umat Islam, maka tak adalah mana-mana negara yang mempedulikan mereka. Lainlah kalau yang menindas itu Islam, barulah gegak gempita dibuatnya.

Nak harap OIC? Memang boleh diharaplah tetapi mereka sekadar berbincang tentang harga minyak mentah memandangkan OIC dianggotai oleh sebilangan besar pengeluar minyak mentah utama dunia yang sentiasa sujud dan rebah di kaki Amerika Syarikat... Jadi, faham-faham sahajalah juga.

Difahamkan sekarang ini, hampir 450,000 orang Rohingya sedang menunggu untuk masuk ke Malaysia. Pendatang dari Bangladesh juga sudah mula bercita-cita hendak meniru taktik Rohingya untuk masuk ke negara ini.

UNHCR difahamkan enggan bekerjasama dengan kita. Zulkifli Nordin suatu ketika dahulu pernah mengusulkan agar Malaysia mendesak OIC menubuhkan Pasukan Pengaman OIC bagi menjaga kepentingan dan keselamatan serta kebajikan umat Islam terutama yang dizalimi dan tertindas. Bagaimanapun, usul tersebut sekadar dipandang sepi atau barangkali dipadamkan pada peringkat OIC.

Malaysia pada masa yang sama, tidak boleh terus-terusan menjadi negara penerima pendatang haram. Apatah lagi, pendatang haram dan pelarian di Malaysia, langsung tidak terkawal dan mereka pula bebas bergerak ke sana ke mari walaupun mereka mendakwa sebagai pelarian. Sedangkan di negara-negara lain termasuklah di Indonesia dan Thailand, pelarian akan ditempatkan di suatu kawasan khas yang mengasingkan mereka daripada warga tempatan, di Malaysia pula, warga asing mengambil alih kedudukan warga tempatan dan menguasai sesebuah kawasan dengan kemasukan lebih ramai mereka untuk tujuan dominasi!

Ada yang baru ini menyuarakan kegusaran berhubung pendatang dari Myanmar dan Bangladesh. Sedangkan masalah ini sudah berlanjutan semenjak beberapa lama. Rohingya sudah lama masuk ke negara ini secara haram dan pada peringkat awal, mereka adalah golongan yang menjadikan meminta sedekah sebagai mata pencarian utama.

Dalang pemerdagangan manusia yang lari ke Langkawi ketika mendaratnya 1,042 PATI Rohingya dan Bangladesh. Namanya adalah PAJJUBAN ANGHCOTIPHAN, bekas Presiden Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Satun. 
 
Modal utama mereka adalah kad UNHCR namun diketahui juga bahawa kebanyakan daripada mereka hanya memiliki kad-kad UNHCR palsu.

Malaysia sudah sepatutnya kembali mengadakan kawalan ke atas pelarian-pelarian dari Myanmar dan Bangladesh ini. Tempatkan mereka di suatu kawasan yang dikawal rapi. Biarkan mereka berekonomi sesama mereka, atau sepertimana yang dilakukan di Turki membabitkan pelarian dari Syria apabila mereka hanya boleh keluar bekerja dengan diambil oleh bas pekerja tetapi mesti pulang ke kem pelarian.

Bukannya seperti sekarang dengan membenarkan mereka lepas bebas!!!

Jangan terlalu tunduk kepada desakan UNHCR yang enggan menanggung mereka, sebaliknya memaksa Malaysia yang menanggung dan menyediakan prasarana buat pelarian-pelarian tersebut.


6 comments:

  1. buat la mcm kita buat kat pelarian vietnam dlu...letak kat pulau..dorang buat niaga sndiri urusan sndiri...lama2 pulang la dorang kat tmpt asal selepas aman disana.


    ReplyDelete
  2. Kalau dah betul mereka pelarian kenapa kita masih lagi menanggung biawak hidup...tahan dan tangkap bolih tetapi serahkan mereka kepada kedutaan mereka ,biarlah mereka menanggung segala perbelanjaan rakyat mereka..kenapa kerajaan kita bodoh sangat. Kan lebih elok perbelanjaan menanggung mereka digunakan untuk rakyat kita..lagi berfaedah.

    ReplyDelete
  3. Yg bodohnya mlaysia..sepatutnya tk pyh tangkap..usir blk saja..skrg sape kens tangung..rakyat malaysia jgk yg tangung..bagi mkn kat puak tu..bukan duit rakyat...rakyat sndri pun hdp cukup2 mkn..nk bela puak tu plk..

    ReplyDelete
  4. Yang Madey tak komen apa2 pulak

    ReplyDelete
  5. Letak kat pulau jerjak je la. Tapi confirm ekosistem situ hancur macam Pulau bidong Terengganu yg vietnam ditempatkan lepas US kalah perang vietnam.

    ReplyDelete
  6. Jangan risau.. duit GST kan ado..utk tampong pelarian... koh3x

    ReplyDelete