Pages

Wednesday, May 13, 2015

DENGAR-DENGAR ORANG KAMPUNG!!! PUAK-PUAK BEBAL PAS NAK DEMONSTRASI BESAR-BESARAN TUNTUT KENAIKAN HARGA SEKERAP DAN SELAMATKAN TABUNG HAJI!!!



Puak-puak dalam PAS ini bukan semuanya bodoh tetapi hampir kebanyakan daripada mereka dari jenis bebal. Mereka sangat pandai mengata orang tetapi tidak pernah mengukur kepandaian sendiri. Mereka sangat gemar mengintai dosa dan kesalahan orang lain, tetapi tidak pernah mencermati dosa dan kesalahan sendiri.

Isu Tabung Haji-TRX nampaknya telah menyerlahkan kebebalan puak-puak yang tidak sedar diri ini. Barangkali yang memberikan penjelasan dan penerangan, atau lebih tepat lagi, menghasut mereka, adalah dari kalangan yang tidak faham bahasa, tetapi sangat suka berkata-kata. Jadi, perkara yang tidak sepatutnya mencemaskan mereka, telah menjadikan mereka ketakutan, fobia dan tidak ubah keadaannya seperti mereka yang didatangi kiamat sepertimana yang diceritakan di dalam al Quran.

PAS khabarnya mahu menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi besar-besaran untuk menyatakan kemarahan mereka kepada Tabung Haji. Pada masa yang sama, mereka cuba pula menyalahkan Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji kerana urusan jual beli tanah TRX.

Alasan mereka, mereka tidak mahu wang simpanan mereka di Tabung Haji digunakan untuk bail-out 1MDB yang dikatakan telah muflis dan bakal mendatangkan kerugian besar kepada Malaysia.



Menariknya, tiada seorang pun daripada mereka yang berani mahu menunjukkan bukti yang duit mereka telah hilang dari simpanan Tabung Haji atau Tabung Haji membekukan akaun mereka sepertimana yang dilakukan oleh KOHILAL, koperasi milik penuh PAS yang telah MENGHILANGKAN WANG PENDEPOSIT yang merupakan dari kalangan ahli-ahli tegar PAS berjumlah lebih RM46 juta.

Sehingga sekarang, para pendeposit KOHILAL tidak menerima wang mereka, bahkan dianggap sebagai mereka telah mengalami kerugian kekal.

Tak pernah pulak puak-puak PAS ini berhimpun membantah di hadapan Ibu Pejabat KOHILAL yang sudah tentu terletak di dalam Ibu Pejabat PAS atau mendesak agar Presiden dan Pengerusi KOHILAL meletakkan jawatan sepertimana yang mereka lakukan kepada Najib Abdul Razak dan Azeez Rahim.

Terlebih menarik lagi, puak yang sama jugalah yang akan melalak apabila mereka sekadar berihram di Lapangan Terbang dengan wajah sugul dan kecewa kerana ditipu penganjur haji dan umrah sebelum kemudiannya beralih meminta bantuan daripada Azeez Rahim, dan perkara ini berlaku HAMPIR SABAN TAHUN!!!

Rancangan mengadakan himpunan 10 ribu penganut PAS di hadapan pejabat Azeez Rahim di Baling sedang diuar-uarkan serta diviralkan menerusi WhatsApp dan beberapa medium lain.

Tabung Haji satu hal, tetapi apabila mereka menuntut kenaikan harga sekerap (getah) kepada Azeez Rahim, ianya jelaslah menunjukkan mereka sebenarnya jenis yang tidak tahu apa-apa, melainkan menghadam pembohongan serta tohmahan dan hasutan daripada para pemimpin mereka.

Tak tahulah pulak, Azeez Rahim sudah jadi taukeh getah sekerap di Baling!!!


5 comments:

  1. Apa kata sekali sekali Pemuda UMNO,MCA dan MIC buat demo dihadapan pejabat PAS..Isu KOHILAL lebih kurang TH juga...ada berani...sudah tentu takde telur punya.

    ReplyDelete
  2. Bagi balak kat Tamrin Ghafar 10 juta. Bagi balak kepada Nga & Ngeh untuk dapat MB Perak tak apa.

    ReplyDelete
  3. parti kolom telo sndiri kalau buat ape2 jangan ambik hati sangat la dah memang samdol

    ReplyDelete
  4. Mohd ismath tu ayah Khalid ismath syiah tu ke? Ilang takpe, ni semua salah Umno. Walharamu walhalalku ..

    ReplyDelete
  5. Horey horey..mari kita tepuk tangan sama2..kalau nk berdemo psl hrga skrup aku setuju...kalau psl tbg hj..no komen..sbb aku berserah pd allah..kalau rasa sape yg buat tu rasa btl ok lah..kalau buat tk btl..tngu lah azabnya nnti..setakat hari ni apa tidakan krjaan trhadap org menoreh getah..setakat nk bg duit on off tu sekali hadap jaa..3/4 kali bli ikan temenung hbs laaa..apa kata mintk pak2 mentri plk yg menoreh...ckp mmg mudah..yg merana org dok menoreh...

    ReplyDelete