Pages

Tuesday, May 5, 2015

DUA ANAK YATIM PIATU MANGSA TRAGEDI LEBUHRAYA DUKE JADI ANAK ANGKAT SITI NURHALIZA DAN KHALID MAT JIWA!!!



Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan isu kontroversi pengambilan anak angkat dua anak kecil mangsa kemalangan Lebuh Raya DUKE pada Sabtu lalu terlalu sensitif untuk diperkatakan.

Beliau membuat kenyataan berkenaan penyebaran sebuah video kanak-kanak bernama Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, semalam yang mahu bertemunya lalu mencetuskan spekulasi kononnya penyanyi itu bakal memelihara kanak-kanak itu dan adiknya sebagai anak angkat. 

"Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. 

"Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa," kata Siti kepada BH Online. 

 

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang turut ditemui pada majlis yang sama tidak menolak seandainya ditakdirkan mereka mengambil dua anak kecil itu sebagai anak angkat. 

"Saya menyerahkan hal ini kepada Allah Taala. Seandainya ada jodoh maka saya meletakkan ia sebagai ketetapan Allah. 

"Lagipun ianya adalah perkara baik namun sebarang perbincangan belum lagi dibuat dari pihak kami. 

"Kami berkunjung pada hari ini bagi melihat bagaimana keadaan dua anak kecil itu," katanya mengakhiri perbualan.

Selanjutnya di SINI


1 comment:

  1. Kan ada hikmahnya di sebalik kejadian, Cuma cepat dan lambat saja kesannya,

    ReplyDelete