Pages

Tuesday, May 5, 2015

DI ROMPIN, PAS DAN UMNO OLEH HARMONI, DI PERMATANG PAUH, PKR DAN DAP TUNJUK SAMSENG KAHAQ!!!



Dulu-dulu, kalau ada perangai gedebe dan seringkali memandang orang lain lebih hina berbanding mereka yang serba Islam, PAS adalah jawapannya. Namun keadaan sudah berubah. Sama seperti berubahnya UMNO yang semakin merapatkan diri dengan Islam. PAS dan UMNO dalam banyak keadaan sudah boleh duduk sebelah-menyebelah, makan semeja kalau tidak pun sama-sama menyembang di kedai kopi sambil bergelak tawa.

Berbeza pula dengan puak-puak PKR dan DAP... kedua-dua golongan yang cukup terkenal dengan keangkuhan dan perasan mereka ABOVE THE LAW akan sanggup melakukan apa-apa sahaja tetapi tidak cukup berani untuk memperakui perbuatan mereka.

Seperti sikap mereka berdemonstrasi di tengah-tengah jalanraya dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain selain menyekat aktiviti ekonomi, akan segera mereka berikan jawapan sebagai perjuangan rakyat. Menyalak dan memalukan negara di negara asing sepertimana dilakukan dengan bebasnya oleh Lim Guan Eng menerusi klip video di bawah, dianggap sebagai satu keperluan kepada rakyat negara ini. Dan kemudian apabila pelabur tidak masuk ke Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Pusat!



Di Rompin, keharmonian dan semangat ukhuwwah diperlihatkan oleh para penyokong dan peraih undi kedua-dua parti (UMNO dan PAS). Suasana tegang yang seringkali boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara UMNO-PAS dalam pilihanraya, langsung tidak kelihatan.

Ketika artikel ini ditulis, proses pengundian sedang dijalankan dan hampir 70% pengundi telah keluar mengundi untuk memilih pengganti Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Ahli Parlimen Rompin. Tiada sebarang ketegangan mahupun provokasi kecuali kes melibatkan seorang pemuda mabuk dadah yang membakar pondok gerakan.

Perhatikan gambar-gambar yang disediakan di bawah ini pada hari pengundian PRK Rompin.







Di Permatang Pauh, lain pula ceritanya. Pendedahan menerusi poster bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng menipu dan menzalimi rakyat, telah dimusnahkan oleh golongan terbabit. Walaupun mereka dengan bangga mendedahkan pelbagai 'penyelewengan dan ketirisan' Kerajaan Pusat, tetapi apabila kena ke batang hidung mereka sendiri, mereka cuba menyembunyikan penyelewengan dan kezaliman tersebut.

Antara lokasi vandalisme dan sabotaj yang dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat adalah di Kubang Semang. Gambar-gambar di bawah menceritakan perkara berkenaan.










No comments:

Post a Comment