Pages

Tuesday, May 5, 2015

NASIB KAU LER, WAN JIJAH OOIII.... P.RAMASAMY (TKM II Penang) TAK PUAS HATI, NENEK KIPAS TAK HORMAT MASYARAKAT PENGUNDI INDIA DI PERMATANG PAUH!!!



Wan Azizah diramalkan menang dengan majoriti 8000 undi oleh para bookie (RUJUK SINI). Secara tidak langsung, apa yang berlaku di PRK Kajang, sudah hampir pasti berlaku di PRK Permatang Pauh.

Bookie kalah teruk di PRK Teluk Intan apabila calon BN, menang ke atas calon popular DAP, Dyana Sofya. Berbekalkan keyakinan bahawa masyarakat India tidak akan 'menderhakai' DAP, parti yang diketuai oleh Lim Guan Eng itu, mengabaikan masyarakat tersebut dan akhirnya kalah di Teluk Intan walaupun Lim Kit Siang, pemimpin supremo DAP turun sendiri berkempen untuk Dyana Sofya.

Nampaknya keadaan di Permatang Pauh juga tidak jauh bezanya dengan di Teluk Intan. Kita baca berita di bawah:


Komuniti Kuil Taman Sutera Seberang Jaya hari ini berasa sedih apabila calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak muncul pada majlis hi-tea yang dijadualkan jam 6.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr. Ramasamy Palanisamy yang mewakili komuniti India di situ berkata, kehadiran Wan Azizah penting untuk memperjuangkan permintaan mereka memindahkan kuil sedia ada ke lokasi baharu.

"Mungkin dia sibuk, seronok kalau dia hadir, kalau dia tidak hadir, mungkin dia ada perkara yang lebih sibuk.

"Cuma, sedikit sedih, biasalah ni, kalau tunggu pemimpin tidak datang, dia rasa macam sedih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea bersama pimpinan PR di Kuil Taman Sutera Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramasamy berjanji kepada komuniti India tersebut untuk membawa perkara itu ke perhatian Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

"Mereka rasa sedikit tidak senang, tidak mengapa, saya akan minta Dr. Afif yang juga Adun Seberang Jaya menyelesaikannya.

"Saya menyokong supaya mencari tempat alternatif untuk kuil hindu ini," ujarnya.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kepada Wan Azizah pada PRK Permatang Pauh, beliau bagaimanapun optimis jumlah keluar mengundi akan mencecah sehingga 80 peratus.

"Kenapa adakan (mengundi) pada hari Khamis, kenapa tidak adakan pada hari Sabtu atau Ahad, mereka akan hadir akan kurang, ini bermakna PR pun akan dapat undi yang kurang," katanya lagi.

Sementara itu...

'Wakil rakyat sering beri alasan'


PUCHONG – “Kami beri tempoh dua minggu kepada beliau (Adun Seri Serdang, Noorhanim Ismail) untuk beri maklum balas, jika tak kami akan piket depan rumahnya,” demikian tegas ahli jawatankuasa PKR Ranting Pangsapuri Seroja, Puchong Indah, K Ravichandran, 49.

Dia antara kira-kira 30 penduduk kaum India yang mengadakan bantahan di tingkat bawah pejabat wakil rakyat itu di Pejabat Urusan Pas Puchong, di Puchong Utama, pagi semalam.

Ravichandran berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengadakan bantahan di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sekiranya wakil rakyat itu enggan melayan permohonan pihaknya yang mahu mengadakan dialog bersama kaum India di sekitar Puchong.

Menurutnya, wakil rakyat itu didakwa sering memberi alasan dan mengelak apabila mahu berjumpa.

Dakwanya, wakil rakyat itu juga sering memberi jawapan bermesyuarat dan berada di luar kawasan setiap kali dihubungi.

“Beliau sebagai calon yang menang tidak mahu bantu kami sebaliknya pihak calon kalah pula yang banyak menolong. Saya malu dengan keadaan ini sedangkan saya orang PKR.

“Jika tak mahu bantu rakyat lebih baik letak jawatan, kita boleh sokong orang lain jadi wakil rakyat,” katanya.

Selalu beri jawapan tiada peruntukan

Ahli jawatankuasa PKR Cabang Puchong, T Sembian, 57, pula berkata, wakil rakyat itu tidak melayan segala permohonan bantuan yang dibuat untuk kaum India di Puchong.

Jawapan tiada peruntukan daripada wakil rakyat itu sudah muak didengari dan menyedihkan ketika sambutan perayaan hanya 20 baucar diberikan kepada golongan tidak berkemampuan di tempatnya.

“Bila kita minta bantuan, beliau suruh saya ikut MIC, kita PKR mana boleh jadi begitu,” katanya.

Sembian berkata, dia juga kesal kerana wakil rakyat itu langsung tidak mahu mengadakan perjumpaan dengan pihaknya untuk membincangkan beberapa masalah meski banyak kali sudah disuarakan perkara tersebut.

Alasan sering diberi tidak senang, berada di luar kawasan dan paling sedih apabila ke pejabat, wakil rakyat itu enggan bertemunya.

Katanya, ramai rakyat Puchong menghadapi masalah sama, ada juga antara mereka mengadu kepadanya berkenaan kesukaran bertemu wakil rakyat tersebut.

“Kita buat bantahan hari ini (semalam) sebab rasa kesal dan kecewa, bila kita beritahu nak buat bantahan beliau kata buatlah tapi ada hantar SMS nak buat laporan polis jika kami buat gangguan,” katanya.


Tak pernah nampak muka

Penduduk Puchong, G Letchumi, 54, berkata, ketika kempen pilihan raya yang lalu, wakil rakyat itu merayu supaya memberinya undi untuk menang.

Wakil rakyat itu juga berjanji akan membantu kaum India di Puchong sekiranya memenangi kerusi ditandingi.

“Masa kempen beliau kata pintu rumah sentiasa terbuka, bila menang, kami datang rumah tidak dipedulikan dan tutup pintu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, R Rajmah, 61, berkata, dia langsung tidak pernah tengok wajah wakil rakyat melawat kawasannya tinggal.

“Saya nak minta bantuan tapi tak larat naik tangga ke tingkat dua pejabat wakil rakyat itu yang terletak di Puchong Utama.

“Ada juga tunggu-tunggu dia datang berkunjung beri bantuan tapi tak datang-datang juga,” katanya.

Naib Ketua Wanita PKR Cabang Puchong, Fallyn Vincent, 55, pula berkata , wakil rakyat itu langsung tidak pernah memberi pihaknya peruntukan untuk mengadakan program walaupun beberapa kali permohonan dibuat.

“Saya kecewa sebab mengundinya dalam pilihan raya lalu, dana yang ada diberi kepada orang tertentu sahaja.

“Paling kesal bila hubungi kata tiada di rumah, sedangkan keretanya ada letak depan pagar rumah,” katanya.

Noorhanim nafi semua dakwaan

Dalam pada itu, Noorhanim ketika dihubungi Sinar Harian menafikan kesemua dakwaan tersebut.

“Itu tuduhan fitnah melampau. Kumpulan itu sengaja membuat provokasi melampau mewakili parti pembangkang," katanya.

Katanya, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat yang menyatakan pihak tersebut mahu mengajaknya berdialog.

“Jika saya memang tiada di pejabat maksudnya memang tiadalah. Saya tak tahu apa mereka nak,” katanya.

Menurut Noorhanim, sebelum ini ada pihak pembangkang mengugut berpiket di depan rumahnya.

Pihak itu menuntut bantuan RM100 kononnya dijanjikan PR untuk diberi kepada ibu tunggal sedangkan perkara itu tiada dalam manifesto.

Kemudian, dakwanya, ada pula satu pihak lain menghubunginya menyatakan hendak mogok di depan pejabatnya, dia kemudian menghubungi polis melaporkan perkara itu.

Beliau berkata akan membuat laporan polis dalam masa terdekat kerana pihak itu mengugut mengadakan piket di depan rumahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan tidak memberi bantuan kepada kaum India di kawasan Puchong.

Setiap hari katanya, ada sahaja rakyat berbangsa India berkunjung ke pejabatnya memohon bantuan.

Katanya, pihaknya berhubung dengan kaum India melalui ketua komuniti, wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), ketua cabang atau persatuan penduduk.

“Mana ada kita tak bantu kaum India, semua bukti ada di pejabat, saya percaya ini provokasi pembangkang. Saya dah beritahu pimpinan atasan mengenai dakwaan ini,” katanya. (SUMBER)



No comments:

Post a Comment