Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penafian Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung peletakan jawatannya adalah suatu tindakan yang memalukan dirinya.
Beliau berkata, ini kerana, Pandikar Amin sendiri telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat dan meminta nasihat daripadanya.
“Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan.
“Dia sendiri datang jumpa saya, dia beritahu tak puas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia beritahu saya nak letak jawatan…kata tak mahu jadi Speaker dah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku berjudul ’Dr Mahathir’s Selected Letters To World Leaders’ (Voleum II) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin. (SUMBER)
NOTA:
Siapa pun yang menjadi tukang bancuh api dan mencucuk untuk melaga-lagakan para pemimpin Melayu, seharusnya sudah boleh ketawa besar kerana ianya benar-benar menjadi. Menafikan Tun Dr. Mahathir bercakap dan melakukan serangan tanpa pembabitan golongan yang berkepentingan, merupakan penafian yang paling luar biasa terutama apabila dalam beberapa dakwaannya, Tun Dr. Mahathir jelas bercakap tentang kepentingan golongan pemonopoli yang kaya raya pada zamannya diketepikan pada pentadbiran sekarang.
Barangkali mereka terlupa, Tun Dr. Mahathir juga adalah seorang manusia dan sebagai seorang manusia, dia tidak mungkin akan sempurna. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum dan dianggap manusia paling sempurna di dunia ini pun, ditegur Allah Taala sehingga diperingatkan baginda s.a.w dengan ayat yang bermaksud:
Inikan pula Dr. Mahathir Mohammad.... yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, yang menghimpunkan ramai orang berkepentingan di sekelilingnya, yang melakukan trial-and-error sepanjang pentadbirannya.
Jadi, jangan terlalu taksub!!!
Sorong RM tarik RM
ReplyDeleteRakyat tolak buat tak tahu
Suruh jadi PM dia jadi PM
Suruh berhenti dia tak mahu
Hidup umpama roda. Ada kalanya kita telah memalukan orang, sebaliknya orang akan memalukan kita pula pada masa yg lain sebagai balasannya. So ingat2...
ReplyDeleteBuat Tun Mahathir yang amat aku sanjungi... renungilah kata-kata berikut:
ReplyDeleteSabda Nabi saw: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yang baik atau diam.
(Hr al-Bukhari dan Muslim)
Blogger "prepaid" ke ni ?
ReplyDeleteTahniah Tun.
ReplyDeleteNiat Tun jelas nk bagitahu ada orang dtg jumpa dia tak puas hati. Orang ini sentiasa mencari kepentingan diri sendiri. Dan orang ini adalah gunting dlm lipatan.
Dan ini lah jenis maknusia yg ada di keliling pemimpin negara masa ini.
Dan ini adalah gulongan sokong bawak rebah pd pru 14 nanti.
Lihat yg tersirat bukan yg tersurat.
Pulak dah..sekarang Tan Tin Tun berentap dengan Pendekar pun hang pi tumpang tuwi
ReplyDeleteSedap la blogger2 najib buat keje.. bergaji laa selagi najeeb tak letak jawapan.. bagi anak bini makan..hasil tulisan yg di putar belitkan. Maka jilat dan teguklah rezki shubahah..puiii
ReplyDeleteYg patut malu pendekar tu. Depan najib anggok2. Di belakang ckp lain. Dan tun nk bagi tau ramai yg mcm ni.
ReplyDeleteSiapa yang terhegeh hegeh pergi jumpa tun...
ReplyDelete