Pada tahun 1994, ketika kemuncak Perang Bosnia, Zoran Nikolic yang merupakan playmaker paling berkaliber dalam pasukan bolasepak Kuala Lumpur (1991-1994) telah diusir dari Malaysia hanya kerana dia berbangsa Serbia dan Serbia di bekas Yugoslavia pula membunuh serta menyembelih umat Islam Bosnia.
Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dengan bekas Yugoslavia kecuali Bosnia-Herzegovina dan Kosovo. Malaysia menjadi pendahulu dalam mengambil tindakan ke atas Serbia walaupun tentera Malaysia tidaklah sehebat tentera Amerika Syarikat, malah Malaysia 'tidak mampu' menghantar bom-bom untuk dijatuhkan ke atas Serbia.
Bagaimanapun, usaha yang dirintis oleh Malaysia itu, akhirnya terpaksa dituruti oleh Amerika Syarikat dan NATO, yang sebelum itu cuba untuk tidak mempedulikan atau menutup berita kekejaman Serbia dan Croatia ke atas umat Islam Bosnia serta Kosovo.
Beberapa misi bantuan daripada Malaysia dengan kerjasama DYMM Sultan Brunei, akhirnya mengubah posisi perang di negara Balkan itu, dan Amerika Syarikat serta NATO yang melihat perubahan tersebut, segera masuk campur dan mencuri kredit.
Selepas pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Arakan pada abad ke-17, atas alasan penyembelihan lembu dan sambutan Aidil Adha, 1997 sehingga kini, minoriti Rohingya menjadi subjek untuk disembelih, dibunuh, dibakar hidup-hidup mahupun digantung sampai mati oleh ektremis Buddha di Myanmar tanpa ditahan oleh sesiapa pun.
Lebih menarik lagi, yang banyak melarikan diri dan mengambil kesempatan menggunakan tiket UNHCR sebagai pelarian adalah rakyat Myanmar beragama Buddha. Ini adalah kerana, Myanmar hanya mengiktiraf yang beragama Buddha sahaja sebagai rakyatnya, manakala yang beragama Islam pula, dianggap bukan warganegara dan mereka hanyalah berstatus 'orang hanyut'.
Walaupun lebih hampir dengan Bangladesh dan Assam, India, pelarian dari Myanmar, lebih berminat untuk mendarat dan hidup di Malaysia. Barangkali kerana cerita-cerita daripada saudara mara mereka yang berada di Malaysia, tentang betapa mudahnya kaum Rohingya tinggal di negara ini, malah sempat pula melakukan jenayah-jenayah kejam, membuatkan lebih ramai yang mahu mencuba nasib.
Kalau ke atas Serbia, Malaysia bertindak balas dengan mengusir semua warganegara dan keturunan Serb pada tahun 1994, sudah sampai masanya untuk amalan tersebut dibuat ke atas Myanmar.
Usir semua pelarian Myanmar beragama Buddha dari negara ini untuk menerima pelarian Myanmar beragama Islam. Malaysia bukannya syurga untuk pelarian atau warga asing, sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Justeru, Malaysia perlu menggunakan pengaruhnya untuk mengenakan tekanan ke atas pemerintah Myanmar sepertimana yang dilakukan pada tahun-tahun 1990-an ke atas beberapa buah negara kejam seperti Serbia. Hentikan semua bentuk pelaburan, kerjasama, usahaniaga mahupun pergantungan bahan mentah Myanmar kerana tekanan ekonomi akan menyebabkan Myanmar akhirnya terpaksa akur dan mula bertindak secara rasional.
Dengar-dengar, Petronas punya pelaburan di Myanmar, besar juga jumlahnya!
KECUALILAH MALAYSIA pada masa kini sudah tidak ada pengaruh lagi di peringkat antarabangsa...
ATAU...
Malaysia hanya menunggu arahan dan tindakbalas Amerika Syarikat...
Malaysia sekarang hanya menunggu jemputan bermain golf bersama obama...
ReplyDeleteKita dah jangka...bagaimana serius nya isu yg dibincangkan dgn fakta dan ulasan, namun reaksi dari puak PKR hanya lah kebudak budakan. Spt si anon 9.12 diatas, mereka ni aku tidak layan lagi kerana aku sedar kebanyakan puak PKR ni adalah golongan total loss, minda IQ terlalu rendah sehinggakan jika pemimpin mereka kata tahi lembu tepi jalan itu adalah kek sponge yg lazat, , maka bertempik la mereka mengerumi dan berebut utk menjilatnya.
DeleteBegitula keji nya si anon 9.12 diatas dan spesis2 serupanya.
Sekian terima kasih. ...
Orang cherita tentang kesedihan hang pulak cherita tentang rekreasi..ni shohih terlebih makan belachan Apek China yang dihurongi banyak lalat dan langau hijau
ReplyDeleteNajib ade telur ke nak lead mcm yg Tun M buat dulu? Najib dilihat lebih kpd liberalisme, pro-US hinggakan sanggup tinggalkan tanahair yg sedang ditimpa musibah banjir untuk bermain golf bersama Obama.
ReplyDeleteSedangkan isu2 berkaitan dgn agama Islam dlm negara sendiri pun tak ditangani dgn baik, apatah lg nak lead negara2 Islam yg lain utk selesaikan masalah umat Islam di bumi Myanmar yg makin runcing ni.
Klu Malaysia buat pun, xde pun nk kecoh2. Nk tolong umat Islam lain then kecoh2 kat org kapir buat ape. Nnt ada kapir yg duk malaysia bising2 nape kerajaan Malaysia bg masuk org Islam Rohingya. Buat senyap2 sudah ar.....
ReplyDelete