Pages

Tuesday, May 5, 2015

YANA, PENGENDALI FAMILIA MYVI CLUB (FMC) BUKAN AHLI PUTERI UMNO, KATA KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA!!!



Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.

Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka.

“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.

“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.

“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.

Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa.



3 comments:

  1. Kalau meraka fitnah maka seharus nye puteri Umno membuat kenyataan tegas di media. Media sosial pembankang dan pro penbangkang pantas mengambil isu ini untuk menanam rasa benci orang ramai terhadap UMno. Jika benar mereka finah lapurkan kepada pihak polis dan seterusnye saman for damanging the good name of UMNO.

    ReplyDelete
  2. Muka mcm jantan....hilang selera..

    ReplyDelete
  3. macam ni punye pempuan giler..org sanggup perjuangkan fmc..bodoh

    ReplyDelete