Pages

Tuesday, May 5, 2015

KES MYVI PEMBUNUH: POLIS TELAH 90% BERJAYA SELESAIKAN SIASATAN!!!



Mungkin media-media massa dan elektronik arus perdana kurang memperkatakan tentang kes Myvi Pembunuh yang telah mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan di Lebuhraya DUKE beberapa hari lepas. Namun di Facebook dan media-media sosial lain, ia merupakan topik yang paling hangat diperkatakan.

Malahan lebih tepat lagi, 'BERJAYA MENCUNGKIL BAKAT PENYIASAT, PENDAKWARAYA' bahkan petanda ke atas mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

Penglibatan aktif pengguna media sosial terutama sekali Facebook dilihat berjaya membuatkan kelab automatif yang ahli-ahlinya disyaki terlibat dalam perlumbaan haram sehingga mengorbankan keluarga berkenaan, keluar dari persembunyian dan terpaksa bersemuka dengan dua orang anak pasangan tersebut serta ahli-ahli keluarga yang diamanahkan untuk menjaga mereka. Malah penglibatan aktif pengguna media sosial juga, menyebabkan beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah kaitan antara kelab automatif tersebut dengan parti-parti politik tertentu yang gemar menjadikan jalan sebagai medan mereka meluahkan perasaan, terbongkar.

Namun dari satu sudut lain, PDRM terus menjalankan kerja mereka tanpa terpengaruh dengan demam di media-media sosial. Pelbagai aspek dipertimbangkan, malahan siasatan turut dijalankan ke atas 'orang dalam' yang dimaksudkan oleh ahli kelab tersebut yang kononnya akan membantu mereka bersembunyi atau menyembunyikan kes berkenaan.

Dalam siaran berita di radio jam 8:30 pagi tadi, PDRM mengumumkan yang mereka telah 90% selesai menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan. Pun begitu, dalam satu siaran media yang diedarkan, PDRM meminta agar pelbagai pihak berhenti daripada 'mengganggu' tugas-tugas polis selain menjelaskan bahawa MIROS tidak terlibat dalam siasatan polis memandangkan tugas MIROS adalah melakukan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalanraya.

Kes ini memperlihatkan terlalu banyak pihak yang gila nak bersuara sehingga rakyat sendiri keliru, pihak manakah sebenarnya yang berkuasa dalam melakukan siasatan dan seterusnya mendakwa mereka yang terlibat dalam 'pembunuhan' ini.

Penjelasan yang diberikan oleh PDRM itu, diharapkan dapat mengurangkan pelbagai cakap-cakap pandai yang semakin lama semakin ketara di kalangan rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment