Dalam kes terbaharu, Yusni Mat Piah yang merupakan Ketua Pemuda Pulau Pinang yang baru-baru ini membuat u-turn setelah pada awalnya enggan memberi sokongan dan berkempen untuk Wan Azizah dan PKR, telah digunakan namanya dalam sepucuk surat.
Surat berkenaan antara lain menyeru ahli-ahli PAS menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional. Sekaligus pada masa yang sama, Yusni Mat Piah menjahanamkan kedudukan serta jawatannya dalam PAS.
Bodoh sangatkah Yusni Mat Piah untuk berbuat begitu?
Walaupun dari satu segi, surat tersebut kelihatan seperti menyokong Barisan Nasional, tetapi sebenarnya kalau diperhalusi dengan beberapa gerakan dalam PKR sendiri, ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada gerakan dalaman PKR sendiri.
Kira-kiranya macam serampang dua mata jugalah... Pemuda PAS Permatang Pauh dihentam dan difitnah, Wan Azizah dipertikaikan kredibilitinya oleh ahli-ahli sendiri.
Yang mempertikaikan pemecatan Chegu Bard dari PKR kerana mengkritik sistem pemilihan PKR yang penuh dengan pembohongan, penipuan dan penyelewengan, adalah ahli-ahli PKR sendiri. Yang marahkan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PKR kerana bersikap kronisme, nepotisme dan rasuah adalah ahli-ahli PKR juga.
Malah yang menyerang dan mengacau ganggu kempen serta ceramah yang dibuat oleh MCA dua hari lepas juga, adalah ahli-ahli PKR.
Pemaksaan ke atas PAS untuk menggerakkan jentera membantu PKR di Permatang Pauh juga adalah PKR.
Barangkali bimbang dengan perubahan sikap pengundi-pengundi di Permatang Pauh, khususnya mereka yang selama ini dikenali sebagai penyokong dan ahli-ahli PAS tegar, maka gerakan fitnah tersebut dibuat untuk memberikan tekanan agar rasa bersalah dan sokongan diberikan kepada Wan Azizah supaya tidak dipersalahkan dengan kemunculan surat tersebut.
Menjelang pengundian esok, kita akan menyaksikan PKR dan Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan melipatgandakan usaha menfitnah PAS dan kemudian menyalahkan UMNO!!!
No comments:
Post a Comment