Pages

Wednesday, June 3, 2015

DAH TERANG-TERANG PUN, GUAN ENG TETAP TAK MENGAKU DAN CABAR PAS BUKTIKAN CAMPURTANGAN DAP DALAM KEPIMPINAN PAS!!!



DAP hari ini menegur anggota Pas yang menuduhnya mencampuri urusan pemilihan parti itu dan mencabar mereka mengemukakan bukti mengenainya.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, yang enggan mengulas tentang muktamar Pas yang sedang berlangsung, juga menuduh pengkritik partinya sebagai bersikap hipokrit kerana membuat tuduhan tanpa bukti.

"Jangan memfitnah kami, datang daripada Pas pula tu, sedangkan mereka selalu berkata memfitnah adalah satu dosa besar, jadi tunjukkan kepada kami buktinya jika mereka terus berkata demikian (DAP mencampuri urusan pemilihan parti mereka).

"Mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri... kalau mereka kata kami campur tangan, maka tunjukkan buktinya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad awal hari ini menuduh DAP mencampuri urusan pemilihan parti itu dan mengumumkan Pas akan menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat selepas muktamar itu.

Mengenai perkara berasingan, Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, kerajaan negeri menubuhkan pasukan petugas diketuai Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy untuk membantu kira-kira 6,000 staf Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan kerja melalui langkah pengurangan pekerja syarikat penerbangan itu untuk mencari pekerjaan di Pulau Pinang. - Bernama


No comments:

Post a Comment