Blog
Albangikuching sekali lagi mendedahkan satu isu yang cuba disembunyikan oleh Husam Musa dan Hatta Ramli sebagaimana projek-projek Husam Musa lain yang bukan sahaja telah gagal tetapi juga menghilanglenyapkan wang ahli-ahli PAS.
Projek yang dimaksudkan adalah Kompleks PAS Pusat
dan Markas Tarbiyyah PAS yang telah diumumkan pada tahun 2008 manakala upacara pecah tanah telah dilakukan sebanyak tiga kali di tiga lokasi berasingan.
Lokasi dan tapaknya berbeza-beza mengikut tahun. Dari Taman Melewar ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kemudian ke Sungai Merab Luar, Kajang. Selepas itu ke Sungai Merab Ulu, Kajang. Akhir sekali
ke Wetland Dengkel.
Pengurus projek ini adalah Husam Musa manakala pembantunya adalah Hatta Ramli.
Baik Allahyarham Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang mahupun Ahli PAS, mereka semua telah memberikan sumbangan infaq dan waqaf fisabilillah semenjak 2008 bagi tujuan ini. Bagaimanapun, projek terakhir di Wetland Dengkel berakhir dengan menara TNB. Tanah yang kononnya menjadi tapak terakhir Kompleks PAS Pusat dan Markas Tarbiyyah PAS, rupa-rupanya tanah TNB!
Persoalan mula dibangkitkan, ke mana wang sumbangan untuk kedua-dua projek tersebut telah pergi.
Siapa yang
pegang wang berkenaan? Apakah satu lagi penggelapan besar-besaran seperti yang berlaku dalam Tabung Memali dan KOHILAL akan berlaku?
Dan yang lebih menarik lagi ialah, sudah ramai di kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang perasan, SETIAP KALI SESEBUAH PROJEK DI BAWAH ATAU DIKENDALIKAN OLEH HUSAM MUSA, ianya pasti akan berakhir dengan KEGAGALAN!!!
Ala.....anggap sumbangan dan kutipan utk projek KOMPLEKS PAS/LEBUHRAYA RARA RAKYAT dan lain2 kutipan tu sebagai "sedekah jariah" jer.... habis cerita.....kan begitu Tuan Husam. Yang perlu dipersoalkan adalah 1MDB/TABUNG HAJI/ DGN. MEMANG BAHLOL Sesiapa yg tak kisah apa yg dilakukan & ke mana duit kutipan PAS DAH pergi (Lesap)
ReplyDeleteLawak HAHAHAHA....kecoh pasal TH....rupanya dia org byk tabung.....tabung KOKHILANG....keh keh keh.....labu labu...kok duitmu hilang....mcm mana kau jd pakar ekonomi...bukan main pakar lagi kau mengulas, ni yg comel pun boleh hangusss di lektrik tnb....keh keh keh
ReplyDeleteLabu labu...terjunla kau dlm sg...
husam dan hatta diam je ke hal ni. Tak de dengar pun diaorang jwb. Mana duit tu pergi hah...
ReplyDelete