Pages

Wednesday, June 17, 2015

DAP SERANG FGV DAN FELDA SELEPAS KEJAYAAN SERANG 1MDB!!! PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN FELDA TIDUR LAGI KE?



DAP sekadar buka dan timbulkan isu. Akhirnya isu tersebut akan dijuarai oleh pemimpin, bekas pemimpin, penyokong dan bekas penyokong UMNO. DAP sekadar jadi batu api tetapi golongan yang berkaitan dengan UMNO akan bertempur sesama sendiri, bermula dengan isu yang ditimbulkan dan kemudian melarat ke isu KEPIMPINAN.

Itu perkara biasa dan lumrah terutama di kalangan puak yang sudah kehilangan kuasa dan pengaruh, sekaligus kehilangan banyak peluang kemewahan.

Isu 1MDB sehingga ke hari ini masih lagi diperkatakan sekalipun penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Ke mana duit yang dipertikaikan itu dibelanjakan dan sebagainya. Namun penjelasan apa pun tidak akan diterima kerana persepsi yang ditanam lebih awal, terlalu kuat. Apatah lagi PENYAKIT BIASA ORANG UMNO sudah bersebati dalam diri.

Nah, sekarang, satu lagi isu ditimbulkan oleh DAP. Juga membabitkan sebuah lagi syarikat kerajaan yang ditubuhkan pada zaman pentadbiran Najib Abdul Razak. Juga sebuah program atau aturcara yang bakal memberikan faedah besar kepada rakyat terutama kepada golongan peneroka FELDA yang rata-ratanya berasal dari golongan miskin atau KELAS BAWAHAN.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Min menyusul Tony Pua. Kalau Tony Pua mencetuskan polemik 1MDB, Ong Kian Min pula memanaskan isu dengan FGV dan FELDA.

Ong Kian Min mempersoalkan syarikat kerjasama FGV di Indonesia, Eagle High Plantations (EHP) yang menurutnya, lesen untuk membangunkan kawasan hutan tidak diperolehi dan FGV telah terlebih bayar dalam pembelian kepentingan dalam EHP. (BACA DI SINI)

Dan seperti biasa, bukti dan hujah yang digunakan oleh Ong Kian Min, sama seperti yang digunakan oleh Tony Pua, diperolehi dari Amerika Syarikat.

Isu ini bakal panas sedikit masa lagi. Setelah 1MDB berjaya digunakan untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran Najib Abdul Razak, 'DATELINE PENGHUJUNG JUN' bakal menyaksikan FGV dan FELDA bakal menjadi peluru baru untuk terus menembak Najib Abdul Razak. Apatah lagi, FELDA dilihat mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan Najib Abdul Razak.

Urusniaga belum dijalankan tetapi cerita tentang kerugian dan kegagalan perniagaan tersebut akan diperbesar-besarkan. Lebih ramai PAKAR-PAKAR SEGERA akan muncul untuk membahaskan isu ini dan kemudian membuat ketetapan bahawa Najib Abdul Razak tidak berkelayakan untuk memimpin negara.

Mereka telah berjaya dalam banyak usaha termasuklah yang terbaru, tanah TRX.

Anehnya, walaupun FGV dan FELDA telah diserang lebih awal menerusi penyingkiran FGV dari kelompok Blue-Chip Bursa dan seterusnya penggantungan urusniaga sahamnya kerana perubahan perancangan operasi.

Bukan tidak ada penjelasan tetapi setakat ini hanya pengamal media sosial sahaja yang mungkin sebahagian daripada mereka telah diberikan sedikit penerangan dan kemudian diminta GORENG SESUAI HATI. Pengurusan dan para eksekutif FELDA pula mengambil sikap seolah-olah mereka tidak wujud dan seolah-olah mereka tidak berkuasa, malah tidak bertanggungjawab pada sebarang isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Barangkali puak-puak yang bergaji besar dan diberikan amanah untuk menguruskan dan mentadbir FELDA itu seronok tengok Najib yang menjadi macai bagi pihak mereka. Seronok tengok Najib dipersalahkan dan dipersoalkan kerana tindak-tanduk pengurusan dan keputusan perniagaan mereka.

Disebabkan itulah, tiada sebarang suara dari kalangan PEMBESAR DALAMAN FELDA yang mahu menjawab tohmahan yang dibuat oleh DAP. Dari isu penggantungan sahamnya, sehingga ke penurunan harga unit FGV yang diniagakan, nampaknya hanya 'ORANG LUAR' yang menjawab bagi pihak FELDA.

Lembaga Pengarah FELDA wujud untuk apa? Pengurusan dan pentadbiran FELDA dapat gaji dan imbuhan besar pula untuk apa kalau semua persoalan dan permasalahan FELDA perlu dijawab dan dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri?

Perangai MANDOM, KECUT TELUR dan TUTUP MULUT Lembaga Pengarah 1MDB nampaknya sudah berjangkit kepada FELDA dan FGV pula.

Berapa lamakah Pengurusan Tertinggi FELDA akan terus BERPURA-PURA BENGAP DAN PEKAK walaupun BALA daripada tohmahan DAP sudah pun berada di ambang pintu?


1 comment:

  1. Ko ingat kenapa pengurusan felda diam? Kalau bukan sebab keputusan yang tidak bijak dari pihak lebih atas? Penjelasan dari 1mdb sekadar respon, bukan telus penuh dolak dalik. Macai!

    ReplyDelete