Pada masa yang sama, keputusan hasil mesyuarat PKR malam tadi berhubung pentadbiran negeri Selangor, masih belum diumumkan kepada awam dan para penyokong Pakatan Rakyat sendiri.
Pelbagai persoalan dan teori sedang ditimbulkan. Ramai yang menyatakan, Kerajaan Negeri Selangor tidak dibubarkan kerana gabungan PKR-DAP sudah memadai untuk terus menerajui negeri tersebut. Musnahnya kerjasama antara PKR-DAP dengan PAS, belum dapat menggoyahkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor. Namun kebimbangan mulai wujud membabitkan beberapa orang ADUN PKR yang mungkin akan melompat menyertai Khalid Ibrahim sebagai ADUN Bebas yang menjadi penentu kepada kewujudan Kerajaan Pakatan Baru Selangor.
Barangkali kerana itulah, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR kelihatan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan mesyuarat malam tadi sepertimana yang disiarkan oleh FMT.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai keputusan berhubung pendirian parti susulan perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pihaknya perlu menambah beberapa perkara penting terhadap keputusan itu sebelum mengumumkannya pada waktu yang sesuai.
“Kita sudah dapat keputusan cuma ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi dan parti akan keluaran kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama pucuk pimpinan tertinggi PKR di Ibu Pejabat parti pada tengah malam Selasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri semua pemimpin tertinggi kecuali Timbalan Presiden, Mohamd Azmin Ali yang berada di Kelantan kerana menghadiri program.
Krisis dalam PR semakin memuncak apabila DAP umumkan gabungan pembangkang itu sudah tidak wujud lagi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca perpecahan.
Pas pula menegaskan mereka tidak akan keluar PR dan sedia bekerjasama dengan PKR untuk meneruskan agenda pembangkang.
Krisis itu dilihat mampu menyebabkan kerajaan PR di Selangor runtuh dan desas desus mula tersebar kemungkinan kerajaan perpaduan ditubuhkan di negeri itu sehingga Pilihan Raya Umum ke 14.
Kalau lah terkena pada UMNO, dah lama puak2 pembangkang ni merusuh dan mencanang berapi2 untuk membubarkan Kerajaan Selangor. Tapi ape pasal puak2 UMNO yang lembab sangat macam tak bermaya je menyerang pembangkang agar Selangor di bubarkan. Pakatan sudah hancur dan tak wujud lagi. Bubarkan dan buat pengundian semula. Tapi semua macam bisu belaka.
ReplyDeletePAS akan berdemo minta PRN diadakan. Diketuai oleh Dr Hatta. Pakar mengubati luka di kepala seperti BERSIH akibat terkena kelongsong gas pemedih. Boleh masuk surga tu. Arahan Niki Jis dulu.
ReplyDelete